Thursday 27 September 2018

[Video Kerajaan perpaduan dengan Umno? Tak relevan - Anwar] The END of Umno & Polis mahu panggil Rosmah bantu jejak penjual barang kemas.

Jumaat, 28 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Hari Ini Dalam Sejarah !!.. Tiada lagi siaran secara langsung (LIVE) Perhimpunan Agung UMNO 2018 di RTM dan Bernama.

Namun liputan harian, maka RTM dan Bernama boleh membuat liputan dan menyiarkan apa juga berita dengan bebas.

Perkara sama turut akan dikenakan kepada parti-parti politik di bawah kerajaan.

TAHNIAH k'jaan Pakatan Harapan.


Tiada siaran langsung PAU2018 di RTM dan Bernama

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hadir pada Majlis Jasamu Dikenang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2018.
PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak membenarkan agensi di bawahnya, RTM dan Bernama untuk membuat sebarang siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO 2018, Sabtu ini.
Menurut Menterinya,  Gobind Singh Deo, tiada keperluan untuk kedua-dua agensi berbuat demikian kerana segala program dan intisari rancangan telah diatur oleh mereka kepada penonton.

“Tidak akan ada saluran siaran langsung, saya sudah jelaskan namun liputan harian, maka RTM dan Bernama boleh membuat liputan dan menyiarkan apa juga berita dengan bebas.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Puchong itu turut berkata perkara sama turut akan dikenakan kepada parti-parti politik di bawah kerajaan.
“Apa-apa perhimpunan agung setiap parti PH tidak akan dibuat secara langsung, cuma akan ada sidang media. Kalau ada nilai berita kita akan benarkan. Kalau ada pemilihan parti contohnya, akan ada sidang media selepas itu.
“Apa-apa kenyataan dalam sidang media itu boleh dilaporkan. Tidak ada masalah kerana kita akan panggil sidang media,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Gobind berkata Ketua Pegawai Eksekutif (CEA) Bernama akan dilantik minggu depan.
“Saya akan umumkan minggu depan,” katanya.
Awal minggu ini, timbul desas-desus bahawa bekas ketua editor penerbitan rasmi DAP Roket, Wan Hamidi Hamid bakal menggantikan CEO Bernama ketika ini, Datuk Zulkefli Salleh.
Zulkefli akan bersara bulan hadapan. -MalaysiaGazette

Polis mahu panggil Rosmah bantu jejak penjual barang kemas

Selepas disiasat hampir 13 jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kini dijangka akan memberi keterangan kepada polis pula.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, pihaknya memanggil Rosmah bagi membantu siasatan berhubung barang kemas yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
"Rosmah akan dipanggil semula, kerana barang kemas yang dirampas didakwa adalah miliknya.
"kami memerlukan beliau untuk mengenal pasti dan mengesahkan barang kemas berkenaan. Ia dijangka akan mengambil masa yang lama kerana ada banyak barangan dan kami perlu menjejak semula penjual barang kemas berkenaan," katanya dipetik oleh Star Online.
Pada 27 Jun lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh mendedahkan bahawa wang dan barangan berharga yang dirampas dari kediaman berkenaan adalah melebihi RM1 bilion.
Amar juga memaklumkan bahawa polis mengambil masa 16 hari untuk mengenal pasti nilai barang kemas berkenaan.
Polis sebelum ini merampas 25 beg mengandungi 12,000 barang kemas, termasuk cincin dan subang berlian yang dianggarkan bernilai RM440 juta.
Dalam laporan eksklusif semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa tukang emas Dubai telah mengirim surat kepada Ketua Polis Negara bagi menuntut barang kemas bernilai AS$5 juta yang didakwa diserahkan kepada Rosmah.
Barang kemas daripada Adi Hasan AlFardan (AlFardan) itu termasuk seutas rantai yang diperbuat daripada 56 "berlian kuning" berbentuk hati.
Kos rantai berlian berkenaan termasuk kos pengubahsuaian seperti diminta Rosmah dikatakan bernilai AS$2.248 juta.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena