Tuesday, 25 September 2018

[Video Dr Rozaimi vs Mahfuz, kalau ramai ust mcm Mahfuz ni alamatnya jahanam agama] Dari polis lokap kerana demo, kini berada di Bangunan PBB New York sebagai Menteri! Tahniah Dr Dzulkifly (Amanah) & Rosmah 'payung' Jho Low.

Rabu, 26 September 2018

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Alhamdulillah hari ini (24 Sept, waktu tempatan di New York) saya ke bangunan ibu pejabat PBB di New York bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Nelson Mandela: Mesyuarat Peringkat Tertinggi berhubung Keamanan Global (Nelson Mandela Peace Summit: High-level Plenary on Global Peace).
Mewakili Malaysia pada persidangan tersebut adalah sahabat saya, YB Menteri Luar Dato’ Saifuddin Abdullah.
Sidang kemuncak ini dibuat sempena 100 tahun selepas kelahiran Nelson Mandela, seorang figura penting yang menjadi simbol keamanan dan juga sumber inspirasi kepada masyarakat dunia.
Rosmah 'payung' Jho Low
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipercayai memberi akses penuh kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mendapatkan kuasa di Putrajaya.
Dakwaan ini dibuat wartawan dan Pengarang bersama Billion Dollar Whale, Tom Wright dalam temu bual bersama stesyen radio, BFM Breakfast Grille, hari ini.
Wright mendakwa hubungan Jho Low dengan Rosmah mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mendakwa Rosmah diperkenalkan melalui anaknya dengan perkahwinan terdahulu yang juga produser filem Hollywood, Riza Aziz.
“Rosmah adalah penting. Saya percaya beliau membantu Jho Low untuk memperoleh kuasa di Malaysia dan beliau mendapat timbal balas daripadanya (bantuan),” katanya seperti dilaporkan portal tempatan.
Wright mendakwa Rosmah dianugerahkan barang kemas, tunai dan pelbagai hadiah lain.
Wright kini berada di Malaysia untuk mempromosikan buku kontroversi yang ditulisnya bersama rakan sekerja, Wall Street Journal, Bradley Hope.
Najib didakwa atas lebih 30 tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berkata penyiasatan terhadap Rosmah sudah siap dan mengemukakan penemuan serta cadangan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Jho Low menjadi buruan di Malaysia dan waran tangkap dikeluarkan kepada beliau dan bapanya, Tan Sri Larry Low, selepas kedua-duanya didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dengan ketidakhadiran.
BH Online.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Makin berbulu la Bijik mata org pas dgn pemimpin nya yg perasan terlajak islam.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena