Tuesday 25 September 2018

[Video Orang ramai beratur mahu tandatangan Tom Wright & Wartawan Tom Wright DEDAH Hubungan Rosmah & Jho Low] Wartawan WSJ dakwa Jho Low bergerak bebas di China.

Selasa, 25 September 2018


SEKALI LAGI NAJIB MENIPU..
Sebelum ini Najib menuduh k'jan PH belanja RM18 bilion dalam masa tiga minggu utk tuntutan GST. Lantas Menteri Kewangan Lim Guan Eng bertegas supaya Najib menunjukkan segala bukti atas dakwaan tersebut. SETELAH SEBULAN BERLALU, hingga kini Najib masih lagi gagal utk tunjuk bukti dakwaan tersebut..
Malah Guan Eng dakwa Najib gagal ujian perakaunan untuk membezakan antara Akaun Hasil Disatukan dan Kumpulan Wang Disatukan.

Wartawan WSJ dakwa Jho Low bergerak bebas di China

Pengetahuan mendalam ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam soal urus niaga besar syarikat China mungkin membolehkannya bergerak bebas dalam negara itu, dakwa penulis buku Billion Dollar Whale Tom Wright.
Tambahan pula dengan sesetengah "orang di China" yang mempunyai kepentingan peribadi untuk tidak membiarkan Low ditahan pihak berkuasa untuk menutup maklumat tentang urus niaga itu daripada pengetahuan umum, dakwanya lagi.
"...Saya fikir dia (Jho Low) mungkin boleh bergerak bebas di China kerana dia terlibat dalam rundingan urus niaga infrastruktur ini.
"Dia tahu tentang urus niaga yang berlaku, yang didakwa kerajaan Malaysia sekarang sebagai korup - projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan urus niaga saluran gas.
"Barangkali ada orang di China yang tidak mahu dia pulang ke Malaysia dan ceritakan tentang semua yang berlaku tentang urus niaga itu," kata Wright dalam ketika wawancara hari ini.
China Communications Construction Co Ltd (CCCC) adalah kontraktor untuk ECRL dan China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) kontraktor untuk Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) di Melaka.
Pada Julai lalu, Anggota Parlimen Damansara Tony Pua mendakwa terdapat unsur pengubahan wang haram dalam dua projek saluran gas, untuk membayar hutang 1MDB.
Laporan The Edge Financial Daily pula menimbulkan keraguan bahawa pemilik projek saluran paip itu, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) telah membayar AS$2 bilion (RM8.13 bilion) atau 88 peratus dari nilai projek kepada CPPPB - walaupun baru 15 peratus kerja berjalan.
Menurut laporan itu, wang itu disyaki bergerak ke Timur Tengah dan kembali ke Malaysia untuk transaksi tanah melibatkan 1MDB, enam hari sebelum 1MDB membayar bahagian pertama hutangnya kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).
CPPB kemudian menafikan telah menyalagunakan wang yang diterima untuk membantu pembayaran hutang 1MDB, menyifatkan dakwaan itu "tidak benar sama sekali".
'Arahan China kepada polis Hong Kong'
Jho Low sebelum ini dipercayai bersembunyi di Hong Kong dan Macau sebelum dikatakan lari ke China.
Wright yang juga wartawan Wall Street Journal yang berpangkalan di Hong Kong berkata lagi, beliau "ada maklumat" tentang lokasi Jho Low di wilayah itu sehinggalah pada pertengahan Julai lalu, ketika Jho Low didakwa lari ke Macau.
"...Selepas Singapura mengeluarkan notis merah (terhadap Jho Low) pada 2016, kerajaan Hong Kong tidak berbuat apa-apa tentangnya. Polis Hong Kong tak mengambil apa-apa tindakan.
"Dan itu, saya rasa, datang dari atas - China. Kerajaan China beritahu 'jangan tangkap lelaki ini'," dakwanya lagi.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan-dakwaan ini.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena