Monday 24 September 2018

[Video Gaya Hidup Pas Hadi Dah Macam Umno Najib Rosmah] "Begitulah Abg Mat, boleh tido lena di mana saja!" Menteri duduk di kelas ekonomi, Panglimanya di Bisnes Class? KL-DOHA-WASHINGTON 23/9 & BEZA SUNGGUH Nazir Razak (CIMB) DENGAN ABANGNYA NAJIB RAZAK, urus 1MDB sampai terlingkup.

Selasa, 25 September 2018

Image result for Mat sabu tidur atas jalan

Related image

Related image


Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.
Catatan Bersama Menteri Pertahanan Malaysia.
KL- DOHA - WASHINGTON, USA: 23/9/2018
Aku ke bumi Amerika lagi. Kali ini mengiringi bos ku, Menteri Pertahanan untuk lawatan kerja. Beliau dijadual bertemu dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, bermesyuarat bersama Peacekeeping Organisation dan akan bersama dengan PM ketika PM menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.
Jadualnya agak padat.
Aku nak kongsi satu benda yang aku rasa menarik sepanjang perjalanan hari ini.
Rombongan kami agak kecil. Asalnya hanya empat orang. Abg Mat, Panglima Angkatan Tentara, aku dan Ketua Unit Komunikasi Korporat.
Saat akhir, isteri Abg Mat nak ikut bersama rombongan. Jadikan kami 5 orang dan Abg Mat perlu bayar sendiri tiket penerbangan isterinya, Kak Normah.
Abg Mat sebagai menteri terbang dalam bisnes class. Oleh kerana Kapal terbang sangat penuh, Kak Normah dapat tempat duduk ekonomi. Usaha untuk upgrade ke kelas bisnes gagal.
Bila terbang, Abg Mat di kelas bisnes, dan Kak Normah di kelas ekonomi.
Perjalanan ke bumi Amerika ini sangat jauh. 7 jam dari KL ke Doha, 3 jam transit di Doha dan 14 jam dari Doha ke Washington.
Apa yang Abg Mat buat sangat menyentuh hati aku.
Dalam penerbangan, Abg Mat datang ke kerusi Kak Norma di kelas ekonomi, jemput Kak Normah duduk di tempat beliau di bisnes class. Dia pula ambil tempat Kak Normah di kelas ekonomi.
Tindakan Abg Mat itu membuatkan Panglima yang bersama kami pula rasa tak selesa. Dia mai bgtau aku, menteri nya di kelas ekonomi dan dia serba salah. Aku diam, dan aku pun berkongsi perasaan yg sama. Panglima offer untuk tukarkan tempat Abg Mat, namun Abg Mat tolak.
Aku intai tempat Abg Mat tido di kelas ekonomi. Beliau tido penuh nyenyak sambil kepala bersandar pada tingkap. Aman dan tenang sahaja.
Begitulah Abg Mat. Beliau boleh tido lena di mana saja. Di tepi jalan, dalam khemah mahupun di hotel 5 bintang.
Aku juga paham, itu lah tanda kasih dan cintanya Abg Mat kepada isterinya Kak Normah. Kawan-kawan yang rapat pasti akan tahu bahawa Abg Mat bukan jenis pandai memuji depan-depan. Namun, kasih sayangnya terbukti dengan perbuatan.
Begitulah hebatnya Abg Mat melayan isteri beliau.
Mudah-mudahan Allah terus rahmati rumah tangga ini. Mudah-mudahan keluarga ini terus diberkati. Mudah-mudah Allah mengganjari mereka dengan pahala berlipat kali ganda.
Catatan
Mohd Azhar Mat Dali
SU Politik
6.30am - 23 Sept 2018
Foto Suara Rakyat.
Nazir Razak telah berkhidmat di CIMB selama 29 tahun sejak 1989, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 15 tahun dan Pengerusi Kumpulan sejak 2014.

Di bawah kepimpinannya, CIMB berkembang daripada francais kewangan korporat menjadi bank pelaburan utama Malaysia, sebelum kemudiannya menjadi bank universal utama di ASEAN.

BEZA SUNGGUH DENGAN ABANGNYA NAJIB RAZAK, urus 1MDB sampai terlingkup hinggakan rakyat kena tanggung bayar hutang 1MDB RM38 bilion sehingga tahun 2039 !!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena