Friday, 28 September 2018

[Video BONGKAR! Umno tak tolong malah UGUT peneroka, Peguam kena ILMU HITAM pula & Peneroka Felda Kemahang 3 Saman Felda] Oh Isa Samad! Resort di PD-'Rahsia' itu masih tersimpan rapi oleh kamu? Laporan: Sultanah Terengganu tetap saman editor Sarawak Report.

Jumaat, 28 September 2018

Foto Otai BERSIH.
Sesuai sesangat bila Isa Samad tawar diri bertanding di PD. Orang tua pernah berkata umpama penyu pulang ke pantai πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜‚πŸ€£

Sekarang Isa Samad bertanding atas tiket bebas selepas ini bolehlah berkempen dan huraikan apa sebenarnya terjadi disebuah Resort di PD itu sewaktu dulu. Kerana rahsia itu masih tersimpan rapi oleh kamu.

Jika Isa Samad berjaya mengalahkan DSAI bolehlah lantik Isa Samad menjadi menteri menjaga buih buih di pantai PD.

Laporan: Sultanah Terengganu tetap saman editor Sarawak Report

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan tetap meneruskan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Ia walaupun selepas permohonan maaf oleh Rewcastle-Brown semalam berhubung petikan dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose yang mengaitkannya dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan Low Taek Jho.
Menurut laporan The Malaysian Insight, peguam Sultanah Nur Zahirah, Mohd Haziq Pillay Abdullah berkata baginda menyifatkan permohonan maaf Clare sebagai tidak memadai.
"Ia bukan permohonan maaf bagi anak guam saya. Kita akan teruskan saman," katanya seperti dipetik.
Semalam, Sultanah Nur Zahirah melalui peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Clare dan menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan dan permohonan maaf daripadanya.
Susulan itu, laman Sarawak Report menyiarkan permohonan maaf yang antara lain berkata petikan itu tidak berniat menunjukkan baginda "dalam konspirasi" bersama Jho Low atau "terlibat dalam pentadbiran dalam perkara seputar 1MDB."
Kenyataan itu berkata petikan itu hanya menyatakan Jho Low yang bercampur secara sosial dengan keluarga diraja Terengganu, termasuk Sultanah Nur Zahirah, yang memberinya peluang untuk mendapat kedudukan dalam Terengganu Investment Authority iaitu pendahulu 1MDB.
Antara petikan dalam buku tersebut adalah: “Jho (Low) was also friendly with a key player in Terengganu, the wife of the sultan, whose acquiescence was needed to set up the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position."
("Jho Low juga berkawan dengan individu utama di Terengganu, iaitu isteri Sultan, yang mana penerimaannya diperlukan untuk menubuhkan badan dana dan dia kemudian mengatakan sokongan baginda sebagai amat penting untuknya mendapatkan kedudukan sebagai penasihat.)
"Kami maklum yang Jho Low jauh lebih rapat dengan adik Sultan - yang mana dia ada hubungan perniagaan secara terus - dalam hubungannya dengan keluarga diraja Terengganu.
"Kami memohon maaf jika baginda kecewa dengan salah tafsir terhadap maksud kami dan yakin (kenyataan ini) telah menjelaskan keadaan," katanya.
Clare berkata cetakan buku itu selepas ini akan merujuk kepada adik Sultan, dan tidak lagi Sultanah Nur Zahirah, sebagai perhubungan utama Jho Low di Terengganu.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena