Friday, 28 September 2018

[Video Anwar dicabar Saiful, Isa dan 4 calon di Port Dickson] Sekali lagi cubaan Najib menipu tak berjaya! PRK PD: Satu hilang kelayakan, 7 penjuru di Port Dickson.

Sabtu, 29 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Rakyat mahupun pengundi2 di PD yg bijak boleh baca dan menilaikannya..
Foto Suara Rakyat.
KANTOI !!.. Sekali lagi cubaan Najib menipu tak berjaya..

Tak mustahil jika polis akan tambah satu lagi pertuduhan terhadap Najib Razak kerana membuat kenyataan palsu..

Sekali berbohong, selama-lamanya akan terus bohong demi perbodohkan rakyat & buat persepsi buruk jahat terhadap polis dan kerajaan

PRK PD: Satu hilang kelayakan, 7 penjuru di Port Dickson


11.00am: Pencalonan A Rajendra (Bebas) dibatalkan. PRK Port Dickson bakal menyaksikan pertembungan tujuh penjuru.
Lapan hantar borang pencalonan
10.30am: Proses pencalonan berakhir pada pukul 10 pagi dan sejumlah lapan calon telah menghantar borang.
Penutupan pencalonan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairy Maamor.
Lapan calon tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Leftenen Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS), dan enam calon Bebas iaitu bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad, Lay Seck Yan, Stevie Chan, Kee Chee Yuen, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan A Rejandra.
9.45 pagi: Majlis Perbandaran Port Dickson - Tujuh calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka untuk pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober. Proses pencalonan berakhir pada pukul 10 pagi.
Mk.

Pantai Port Dickson akan bersih kembali, kata Anwar

Kebersihan pantai merupakan antara perkara yang dijanjikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengundi di Port Dickson jika beliau menang di kawasan parlimen itu.
"Saya mahu pantai di Port Dickson bersih kembali, dan menteri besar telah pun memulakannya.
"Jika anda mahu buang plastik, kami akan denda anda kerana kami mahu bersihkan pantai," katanya dalam ucapan ketika pelancaran pusat operasi PKR untuk PRK Port Dickson semalam.
Presiden PKR itu berkata pantai yang bersih bukan saja untuk "tauke-tauke besar", tetapi beliau mahu ada kawasan-kawasan yang dikhususkan untuk rakyat.
Di sebalik cakap-cakap bahawa kembalinya beliau ke Parlimen sebagai langkah pertama untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, Anwar berkata mahu menunjukkan bagaimana beliau akan berkhidmat kepada penduduk di Port Dickson.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena