Friday, 28 September 2018

[Video Apa Reaksi Amerika Bila Dr M Pertahankan PALESTIN di PBB! Live Penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson] Mahathir tempelak dakyah pembangkang burukkan hubungan dengan Anwar.

Sabtu, 29 September 2018


Image result for Foto Mahathir di UNGA

Mahathir tempelak dakyah pembangkang burukkan hubungan dengan Anwar

Adu domba jentera propaganda pembangkang melaga-lagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disanggah apabila Perdana Menteri mengulangi komitmen dan janji bahawa Anwar sebagai pengganti beliau.
“Itu janji saya,” kata Dr Mahathir menjawab soalan dalam Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomerg di New York semalam.
Jelasnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, rakyat sememangnya mahukan perdana menteri baru tetapi tiada pilihan kerana ketika itu Anwar berada dalam penjara dan tidak boleh meneraju parti.
“Justeru, saya bersetuju bahawa saya akan berada di sana mungkin untuk dua tahun dan pemimpin baru akan mengambil alih kepimpinan,” katanya lapor The New Straits Times.
Katanya, beliau tidak akan lama memegang jawatan Perdana Menteri dan berkongsi bagaimana parti komponen Pakatan Harapan melupakan perbalahan silam dan menjalinkan kerjasama untuk menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
“Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang.
“Apa yang penting ialah kita mempunyai kerja sama empat parti. Beberapa sejarah lalu kami tidak menyumbang kepada kerja sama itu.
“Justeru, kami perlu melupakan perkara lalu dan menumpukan kepada isu penting yang pada masa itu ialah untuk menumbangkan perdana menteri sebelum ini. Untuk itu kami sedia melupakan perbalahan lalu,” katanya.
Laporan ini dibuat selepas Umno mendakwa kononnya sedang menunggu untuk menjadi ‘kerajaan perpaduan’ dengan mana-mana parti Pakatan Harapan. – Roketkini.com

1 comments:

abahturon said...

Saya orang Malaysia bukan Orang Brunei. Tkasih TunM .bangga jd rakyat Malaysia.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena