Monday 24 September 2018

[Video Hutang Perlu Segera Dibayar Atau Malaysia Diisytihar Muflis- PM] MAZLAN ALIMAN, Pejuang yang memang sepatutnya dihargai & Sah, Umno buat U-turn, 'surrender' takde telo tak berani lawan Anwar di PD! Beranikah PAS nak bertanding.

Isnin, 24 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Akhirnya UMNO/BN buat U-turn, 'surrender' takde telo tak berani lawan bertanding dgn Anwar PRK Port Dickson.

MASIH INGAT..

"PAS tidak akan beri laluan mudah kepada Anwar," kata Ahmad Samsuri -(23/9/2018)

"PAS sedia lawan Anwar di PD jika Umno tarik diri," tegas Hadi Awang -(15/9/2018)
NAMPAK TAK !!!

Beranikah PAS nak bertanding & letak calonnya utk bertanding di PD ??!.. Sebelom ini bukan main bongkak kata akan tetap lawan Anwar, tak bagi laluan mudah utk Anwar menang mudah..

Adakah PAS matang dgn putar belitnya ??!

SAMA-SAMA kita lihat politik matang sejahtera PAS kali ini..

#PRKPortDickson

MAZLAN ALIMAN, PEJUANG YANG MEMANG SEPATUTNYA DIHARGAI

Pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub bahawa pejuang Felda, Mazlan Aliman bakal dilantik menerajui salah sebuah agensi di bawah kementeriannya tentu saja dialu-alukan oleh mereka yang faham erti budi dan membalas budi.

Siapa yang tidak kenal dengan Mazlan, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda atau Anak, seorang yang dikenali gigih dan tidak pernah kenal putus asa, meskipun kehidupannya sendiri cukup sederhana dan tidaklah sekaya mana.

Lebih daripada itu, perjuangannya membela peneroka dan mendedahkan kemelut dalam Felda sejak puluhan tahun juga pernah menyebabkannya disaman sehingga terpaksa membayar ratusan ribu ringgit oleh agensi tersebut.

Tetapi, semua  itu tidak menjadi halangan kepadanya bagi meneruskan perjuangan membela nasib peneroka Felda, malah kejayaan Pakatan Harapan memenangi 19 daripada 54 kerusi Parlimen kawasan Felda, sebahagiannya adalah melalui peranan yang dimainkannya sejak bertahun-tahun lamanya sebelum ini.

Oleh itu, memberinya penghargaan dengan melantiknya menerajui sebuah agensi kerajaan memang tepat dan sudah sepatutnya.  Ini kerana dengan kejayaan memenangi 19 kerusi di kawasan Felda itulah yang menyebabkan Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan pada hari ini.

Memang kejayaan memenangi 19 kerusi itu bukan usaha Mazlan seorang, tetapi beliaulah yang menggerakkan kesedaran di kalangan peneroka Felda tanpa kenal penat dan putus asa, terutamanya generasi kedua,  agar berani melakukan perubahan.
Usaha beliau itu pula bukan dilakukan sehari dua, bahkan sejak berpuluh tahun lamanya iaitu ketika bersama dengan Pas lagi. Ketika Pas di ambang perpecahan di antara golongan ulama dan profesional, Mazlan adalah satu-satunya pemimpin tidak berkopiah yang berjaya terpilih sebagai AJK Pas Pusat. Yang lain semuanya ditewaskan.

Bagaimanapun, demi solidariti dengan kawan-kawannya yang lain daripada kalangan profesional yang diketepikan oleh perwakilan Pas, beliau kemudian meletakkan jawatannya dan sanggup bersama-sama mereka yang lain menyertai Amanah, sebuah parti yang ketika itu belum tentu untung nasibnya lagi.

Melalui Amanah yang disertainya, beliau terus membawa Anak yang diterajuinya bersama  parti itu dengan mengajak golongan peneroka terus bergerak ke arah perubahan kerajaan. Jika dulu beliau mengajak peneroka bersama Pas, kini diajaknya pula bersama dengan Amanah.

Selalu orang berkata, perjuangan tidak semestinya memerlukan pembalasan, tetapi dalam keadaan Pakatan Harapan sudah menjadi kerajaan dan sebahagian rakan-rakan dalam Amanah turut memperolehi jawatan, adalah tidak kena jika Mazlan diketepika atau tidak diberikan apa-apa jawatan.

Walaupun sepatutnya Mazlan memperolehi sesuatu jawatan berkaitan Felda agar beliau boleh terus memainkan peranan membela golongan peneroka, khususnya berkaitan janji-janji yang dilafazkan sebelum PRU14 lalu, setidak-tidaknya jawatan di agensi Kementerian Pertanian ini memadai juga sebenarnya.

Mungkin dengan jawatan baru ini, Mazlan boleh meneroka idea-idea baru, bukan saja berkaitan agensi yang diterajuinya, tetapi juga untuk kepentingan dan menambah lagi pendapatan golongan peneroka Felda.

Dalam waktu yang sama, kerajaan juga janganlah terlepas pandang  terus mengenai janji-janji kepada peneroka, khususnya untuk menghapuskan hutang-hutang tidak wajar mereka.

Janji itulah yang turut memberi sumbangan besar kepada kesediaan golongan peneroka untuk menukar kerajaan. Jika gagal ditunaikan, ia sudah tentu mengancam kedudukan 19 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan dalam pilihanraya lalu.

Sejujurnya, Mazlan adalah antara beberapa nama lain yang memberi sumbangan besar kejayaan Pakatan Harapan dalam pilihanraya lalu. Tetapi, sebagaimana yang lain itu, oleh kerana mereka tidak bertanding atau kalah dalam pilihanraya, maka tidaklah semudah itu mereka memperolehi jawatan dalam kerajaan sebaik Pakatan Harapan mengecapi kemenangan.

Perlantikan Mazlan ini mungkin suatu permulaan. Diharapkan selepas ini, beberapa nama yang diketahui ada memberi sumbangan besar kepada kemenangan Pakatan Harapan tidak terus diketepikan atau dibiarkan begitu saja.

Tun Mahathir Mohamad dan mereka yang menjadi menteri sekarang tentu tahu siapa yang pernah menyumbang, malah sebahagiannya dengan wang, tenaga, harta, malah dengan kesanggupan dipenjara atau turun naik mahkamah dibuatnya.

Hargailah mereka itu. Jika sebelum ini mereka pernah menyumbang sehingga Pakatan Harapan berjaya menjadi kejayaan, percayalah sumbangan mereka itu akan lebih bermakna jika dimanfaatkan dalam kerajaan untuk sama-sama membina Malaysia Baru yang lebih cemerlang dan gemilang. (ShahbudinHusin 23/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena