Thursday 20 September 2018

[Video Lokman Panas Dengan 'MAMAK BENDAHARA' (Apa lagi nak complain TAMAK HALOBA MELAMPAU] UMNO TENAT! Perlukan oksigen? Kerjasama dengan Pas hanya MERUGIKAN Umno.

Khamis, 20 September 2018

Image result for Gambar orang nazak

Foto Otai BERSIH.
Sejak bila akhbar bercakap benar ni.

HARAPAN PENYOKONG SENDIRI.. PULUHAN TUDUHAN BERBALOI DENGAN TAMAK HALOBA MELAMPAU..


Apa lagi nak complain,  sendiri tagih..
Posted by 

Berikutan tindakan Mustapa Mohamad keluar meninggalkan UMNO, isu kerjasama antara UMNO dengan Pas kembali menjadi perbualan serta perbincangan ramai.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu jelas tidak setuju dan menjadikan kerjasama dengan Pas sebagai alasannya meninggalkan UMNO.

Kata Mustapa atau Tok Pa, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang dipegangnya selama ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudiannya lantas menyalahkan Zahid Hamidi atas hala tuju UMNO sekarang susulan tindakan Mustapa itu sambil menyeru agar UMNO kembali kepada jalan tengah dalam perjuangannya.

Pokoknya, Khairy sejak dulu memang tidak setuju dengan pendekatan membawa UMNO berbaik-baik dengan Pas.
Seorang lagi pemimpin UMNO iaitu bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz pula tidak faham kenapa UMNO mahu bekerjasama dengan Pas sekarang.

Kata beliau, UMNO pernah mengajak Pas untuk bekerjasama membentuk kerajaan campuran di Perak selepas keputusan PRU14 pada 9 Mei lalu yang menyaksikan BN memperolehi 27 kerusi, PH 29 kerusi dan Pas 3 kerusi, tetapi ditolak oleh parti Islam tersebut.

"Mereka pernah menolak untuk membentuk kerajaan campuran dengan kita, sebab itu saya tak faham mengapa sekarang kita perlu bekerjasama dengan Pas, kata Nazri lagi.

Bagaimanapun, Najib Razak yang memulakan pendekatan berbaik-baik dengan Hadi Awang mempertahankan keputusan UMNO bekerjasama dengan Pas itu.

Zahid Hamidi yang sebelah badannya diketahui ada DNA Anwar dan sebelah lagi DNA Najib sehingga ini masih tidak berkata apa-apa berhubung lanjutan kerjasama dengan Pas itu, meskipun ramai yang menjangkakan beberapa lagi pemimpin UMNO akan meninggalkan parti kerana tidak setuju dengan kerjasama itu.

Dari segi politik Malaysia, sesuai dengan kedudukan UMNO yang masih bersama MCA dan MIC dalam BN, tindakan bekerjasama dengan Pas, sebuah parti politik kiri yang kadangkala melampau, adalah suatu langkah yang silap.

UMNO harus sedar, kekalahan BN dalam pilihanraya lalu adalah disebabkan pengundi bukan Melayu bersatu hati menolaknya. Sebaliknya, sokongan pengundi Melayu masih dikira kuat untuk parti itu.

Untuk meraih kembali sokongan pengundi bukan Melayu yang hilang dan berusaha kembali menjadi kerajaan, langkah yang betul bukanlah dengan bekerjasama dengan Pas yang tidak disenangi serta ditakuti oleh pengundi bukan Melayu.

Selain mengekalkan sokongan Melayunya, UMNO sepatutnya sekarang ini membantu MCA dan MIC mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan India terhadap parti masing-masing. Banyak usaha dan pendekatan secara bersama boleh dilakukan bagi tujuan itu.

Tetapi, apabila UMNO yang merupakan sebahagian daripada BN bersama-sama dengan MCA dan MIC lebih condong bekerjasama dengan Pas, ia sebenarnya hanya akan menyebabkan pengundi bukan Melayu lebih menjauhi MCA dan MIC.

Dalam kata lain, kerjasama UMNO dan Pas akan terus mengukuhkan lagi kedudukan DAP di mata pengundi bukan Melayu.

Alasan bahawa kerjasama UMNO dan Pas adalah untuk perpaduan ummah dan kepentingan bangsa serta agama, langsung tidak relevan dalam konteks negara berbilang kaum. Untuk berkuasa, UMNO tidak boleh bergantung kepada sokongan Melayu semata-mata.

Lagi pun, UMNO adalah parti politik dan bukan badan dakwah atau NGO yang begitu mementingkan perpaduan ummah. Keutamaan sebagai parti politik adalah kuasa. Setelah ada kuasa, barulah boleh menjaga bangsa dan agama.

Dalam hal ini juga, UMNO harus membezakan dirinya dengan Pas. UMNO adalah parti nasional yang pernah berkuasa di kalangan masyarakat berbilang kaum kerana sikap sederhana dan toleransinya terhadap kaum-kaum lain.

Melalui BN, walaupun UMNO adalah dominan, tetapi kerana sikap sederhana dan toleransinya itulah yang menyebabkan ia diterima sebagai kerajaan selama lebih 60 tahun.

UMNO tidak sama dengan Pas. Walaupun ternampak bersifat nasional juga, namun Pas sebenarnya adalah parti untuk Kelantan dan Terengganu semata-mata. 

Bagi Pas, meskipun bertanding 160 kerusi Parlimen, keutamaannya lebih untuk berkuasa Kelantan dan Terengganu saja. Di peringkat nasional, Pas lebih suka jadi pembangkang dan kemudian menyibukkan diri dengan memenuhi jadual hujung minggu dengan ceramah di sana sini berbanding menjadi kerajaan.

Sebab itu, apabila UMNO bekerjasama dengan Pas, yang untung ialah Pas. Melalui kerjasama itu, Pas akan terus dapat mentadbir Kelantan dan Terengganu yang penduduknya merupakan majoriti Melayu, tetapi akan terus menggagalkan UMNO untuk menguasai Malaysia yang berbilang kaum pengundinya.

Lebih dari itu, kerjasama UMNO dengan Pas turut menjadikan senario politik dalam negara berbilang kaum seperti negara kita semakin tidak sihat dengan memungkinkan lebih banyak tercetusnya amalan perkauman dan agama yang melampau sepanjang masa.

Untuk kembali berkuasa, UMNO tiada pilihan selain kembali kepada jalan tengah, memutuskan hubungan dengan Pas dan memberi tumpuan yang khusus untuk membantu MCA dan MIC meraih kembali sokongan pengundi bukan Melayu. (ShahbudinHusin 20/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena