Thursday 27 September 2018

[Video Saluran Tidak Rasmi Bawa Pulang Jho Low- PM] SEDARLAH DIRI TU ZAHID! Adalah lebih baik kamu kemudi jer kapal karam tu elok2 & Polis soal siasat pemimpin bahagian Umno, MIC isu dana 1MDB

Khamis, 27 September 2018

Foto Suara Rakyat.

Bila parti keramat karat Umno dah nak karam, cepat2 nak selamatkan diri dgn cubaan nak bergabung dgn Pakatan Harapan..

SEDARLAH DIRI TU ZAHID !!!

Apa gunanya nk bergabung dgn PH. Bukankah hari tu Umno dah masuk meminang PAS. Malah secara rasminya telah bekerjasama dgn PAS secara terang-terangan.. Kata dah jadi pakatan pembangkang yang kuat !!!

Dah jadi pembangkang yang kuat, kenapa nak 'joint' PH.. atau nak perbodohkan PH..

Adalah lebih kamu kemudi jer kapal karam tu elok2..

Polis soal siasat pemimpin bahagian Umno, MIC isu dana 1MDB

Polis telah memanggil sejumlah pemimpin cawangan Umno dan MIC berhubung dana yang disyaki dari 1MDB yang diagihkan kepada mereka.
Menurut sumber, kira-kira 10 pemimpin Umno berkenaan dipanggil polis unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, siasatan diteruskan pagi ini dengan beberapa yang lain disoal siasat.
"Setakat ini, jumlah individu yang disiasat melebihi 30 orang dan lebih ramai dijangka akan disoal siasat kerana surat dari unit itu (yang memanggil mereka tampi) telah dihantar kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Difahamkan, selain mahu mengenal pasti sumber dana yang diagihkan kepada pemimpin cawangan berkenaan, polis juga menyiasat aset mereka.
Bagaimanapun, sumber enggan mendedahkan nama cawangan dan pemimpin mereka yang disiasat.
Sementara itu, sumber dalam Umno tidak menolak kemungkinan separuh daripada 191 bahagian parti itu sedang disiasat.
"Bila mereka (pemimpin bahagian Umno) semak sesama mereka, mereka mendapati mereka menerima surat yang sama (daripada polis).
"Jika pihak berkuasa mengesyaki dana mereka, kemungkinan polis akan membekukan dana bahagian dan ia tidak baik untuk operasi Umno," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena