Thursday 27 September 2018

[Video Zahid Hamidi Buka Mulut Isu Keluar Parti & UmnoBN BOIKOT PRK Port Dickson demi GANJARAN?] Kabinet Bayangan BN yang hampir PUPUS! K’jaan Perpaduan: Tunggu Dr M balik, kata Wan Azizah.

Jumaat, 28 September 2018



Foto Suara Rakyat.
Kabinet Bayangan pertama Malaysia oleh Barisan Nasional yang hampir pupus, terdiri daripada bekas menteri dalam portfolio yang sama .. 😂

Ahmad Maslan MASIH DIKEKALKAN ??!

K’jaan perpaduan: Tunggu Dr M balik, kata Wan Azizah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sebarang cadangan atau usaha mewujudkan kerajaan perpaduan bersama pembangkang khasnya Umno hanya akan dibincangkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pulang ke tanah air.
“Kita belum buat perjumpaan, tunggu Dr. Mahathir balik untuk bincang dan bagaimana hendak meneruskan sebab benda ini untuk negara kita.
“Kerjasama dengan mana-mana pihak perlu diteliti sama ada boleh atau tidak hendak dilaksanakan,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia hari ini.
Dr Mahathir sedang berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri perhimpunan agung tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Wan Azizah yang juga adalah timbalan perdana menteri, berkata, perbincangan itu perlu diadakan bagi mengetahui dengan lebih lanjut bentuk kerjasama tersebut kerana ia melibatkan kepentingan negara.
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu wawancara yang disiarkan semalam dipetik sebagai berkata, Umno adalah parti yang sedang menunggu menjadi kerajaan dan berharap dapat kembali berkuasa dengan membentuk "kerajaan perpaduan" dengan mana-mana parti Pakatan Harapan tidak lama lagi.
Beliau juga dipetik sebagai berkata, Umno terbuka untuk membentuk kerajaan perpaduan sebelum atau selepas Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.
Selain itu, menurut Ahmad Zahid, sebarang perbincangan dengan mana-mana parti tidak akan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan atau tarikh akhir kerana sebarang keputusan mesti mempunyai persetujuan daripada kedua-dua pihak.
Mengulas kenyataan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, kerajaan Pakatan Harapan pada masa ini komited dengan pendiriannya hanya ada satu kerajaan sahaja dan tidak perlu kepada kerajaan perpaduan.
Beliau yang menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR berkata, cadangan itu juga tidak relevan untuk dibincangkan dalam Pakatan Harapan.
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata beliau tidak boleh menerimaidea kerajaan perpaduan antara Umno dan mana-mana parti HARAPAN memandangkan rakyat menolak Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Sementara, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata idea gabungan parti komponen HARAPAN dengan Umno tidak pernah dibincangkan mereka.
Sebaliknya, kata Gobind, ia hanyalah idea Ahmad Zahid.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena