Sunday 23 September 2018

[Video Kontraktor Akhirnya Dedah Kos Sebenar ECRL] Kem Azmin kuasai undi, jawatan timb presiden PKR sengit.

Isnin, 24 September 2018
Image may contain: 4 people
BN la ni... 
Image may contain: text
Tumpang sekole.

Kem Azmin kuasai undi, jawatan timb presiden PKR sengit

Di Pulau Pinang, persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR, antara penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pencabarnya Rafizi Ramli berlangsung cukup sengit sekali.
Bagaimanapun, sekutu kepada menteri hal ehwal ekonomi itu didapati menguasai peti undi.
Berikutan pemilihan parti itu di Pulau Pinang semalam, Azmin mendapat sedikit kelebihan memperolehi 3,326 undi berbanding 3,150 undi yang diterima Rafizi.
Bagaimanapun, pertandingan bagi jawatan utama lain dalam parti tidaklah terlalu sengit. Anggota PKR Pulau Pinang memilih individu yang dekat dengan Azmin untuk tiga daripada empat jawatan naib presiden PKR, juga bagi jawatan ketua dan naib ketua AMK dan sayap wanita parti itu.
Nurul Izzah Anwar mendapat undi terbanyak bagi pertandingan jawatan naib presiden PKR, meraih 4,039 undi jauh meninggalkan para pencabarnya.
Calon naib presiden kem Rafizi tertinggal
Nurul dilihat sebagai dekat dengan kem Rafizi tetapi pesaing untuk naib presiden PKR itu agak berat hati untuk mengumumkan hal tersebut.
Tiga calon lain yang mendapat undi paling banyak daripada kem Azmin, ialah Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (2,646 undi), bekas anggota parlimen Batu, Tian Chua (2,577 undi) dan MP Kuala Langat Xavier Jeyakumar (2,316 undi).
Malah calon kelima, iaitu Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin yang memperolehi 1,533 undi, juga adalah sekutu Azmin.
Empat calon utama yang mendapat undi paling banyak di seluruh negara akan mengisi empat jawatan naib presiden.
Pada masa ini, tiga calon naib presiden lain yang merupakan sebahagian daripada pasukan Rafizi ialah Anggota Parlimen Selayang, William Leong (tempat ke-6; 1,509 undi) dan Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (tempat ke-7; 1,340 undi) dan MP Sungai Siput S Kesavan (tempat ke-8; 1,127 undi).
Begitu juga untuk pertandingan ketua pemuda PKR, Afif Bahardin, sekutu Azmin, mendahului dengan 802 undi berbanding Akmal Nasir daripada pasukan Rafizi, yang mendapat 575 undi. Calon ketiga, Najwan Halimi, memperoleh 163 undi.
Bagi saingan jawatan ketua pemuda PKR, setiausaha politik Azmin, Hilman Idham menguasai saingan dengan memperolehi 842 undi berbanding sekutu Rafizi, Raymond Anuar yang menerima 352 undi dan calon ketiga, Naquiddin Nazrin yang mendapat 175 undi.
Jawatan ketua wanita PKR pula menyaksikan Haniza Talha, pengganti pilihan Zuraida, mendapat 1,324 undi.
Haniza selesa mendahului calon daripada pasukan Rafizi, Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang memperolehi 882 undi.
JPP sahkan keputusan
Hal yang sama buat Darolyah Alwi yang berada di hadapan dengan 1,328 undi berbanding calon kem Rafizi Rodziah Ismail yang mendapat 678 undi.
Angka keputusan ini disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din.
Anggota PKR di Kedah, seperti Pulau Pinang, juga mengundi pada pemilihan parti semalam tetapi keputusan tersebut dibatalkan kerana masalah teknikal dengan sistem pengundian elektronik.
Pengundian di negeri-negeri lain juga telah ditangguhkan ke satu tarikh kemudian sementara menunggu pembetulan.
Pulau Pinang membentuk kurang daripada 10 peratus daripada jumlah keahlian PKR. Walaupun pasukan Azmin kelihatan memulakan persaingan dengan permulaan yang baik, pertempuran sebenarnya baru bermula.
Tidak seperti di Pulau Pinang, beberapa negeri lain telah melihat lonjakan besar kemasukan ahli-ahli baru ke dalam PKR yang boleh mengubah imbangan undi dalam pemilihan parti.
Antara 6 Jun hingga 25 Jun, keanggotaan PKR di Pulau Pinang hanya meningkat sebanyak 16.12 peratus.
Sebaliknya, keahlian PKR di Melaka meningkat sebanyak 120.4 peratus manakala di Negeri Sembilan dan Johor masing-masing meningkat 110 peratus dan 81.5 peratus.
Malahan di negeri-negeri yang berpenduduk ramai seperti Selangor, keanggotaan PKR cuma meningkat sebanyak 35.33 peratus daripada 177,834 ahli kepada 240,671 ahli dalam tempoh yang sama.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena