Wednesday, 26 September 2018

[Video Mat Sabu Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang] Umno tangguh projek KL PWTC? Kah3 Penangguhan projek itu ada kaitan dengan PEMBEKUAN AKAUN UMNO oleh SPRM.

Khamis, 27 September 2018

UMNO tangguh projek KL PWTC


DATUK Seri Najib Razak bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussien Onn pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan KL PWTC di Hentian Putra, pada November 2016. - Bernama

KUALA LUMPUR: UMNO menangguhkan projek pembinaan Pusat Dagangan Dunia Putra KL Putra (KL PWTC) buat sementara waktu, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, alasan penangguhan itu antaranya disebabkan ketidaktentuan ekonomi ketika ini di samping menunggu keputusan syarikat pemaju dalam urusan pembinaan menara berkenaan.
“Projek itu ditangguhkan. Kita berpendapat dalam situasi ekonomi ketika ini, kita perlu terbuka dengan beberapa pilihan.
“Kita sudah berbincang dengan pemaju yang bercadang mencari rakan kongsi untuk meneruskan projek itu atau menjual saham mereka atau menjalin kerjasama dengan syarikat lain,” katanya kepada NSTP dalam temubual khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Menara Dato Onn, hari ini.
Difahamkan, penangguhan projek itu ada kaitan dengan pembekuan akaun UMNO oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat aliran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada Jumaat lalu, UMNO memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur antara lain untuk menuntut RM116.7 juta milik parti itu yang didakwa disita Polis Diraja Malaysia (PDRM).
KL PWTC adalah projek bangunan baharu pejabat dan hotel bertaraf enam bintang di menara setinggi 70 tingkat yang bakal dilengkapi Dewan Putrade, pembangunan semula Dewan Tun Razak 1 dan 2 bertaraf dunia.
Ia termasuk projek menaik taraf bangunan sedia ada iaitu Menara Dato Onn, Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail.
Projek itu akan turut menempatkan masjid yang boleh menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa dan menempatkan podium beli-belah setinggi dua tingkat.
Upacara pecah tanah bangunan baharu itu disempurnakan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada November 2016.
BH Online.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena