Saturday 22 September 2018

[Video WARGA ASING KIAN MELAMPAU?] 800 pekerja melayu dlm syarikat melayu Utusan pun tidak terbela nasibnya! Mana KETUANAN MELAYU dicanang Umno (Lokman/Melayu Bangkit?) selama ini? Mazlan Aliman bakal terajui agensi Kementerian Pertanian.

Ahad, 23 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Apa gunanya Umno terjerit-jerit terpekik terlolong dalam dewan melaungkan Ketuanan Melayu, kutuk cina DAP, maki bangsa lain yg tak sehaluan dengannya.. tetapi pekerja Melayu di syarikatnya sendiri pun tidak terbela nasibnya.
The Edge melaporkan seramai 800 orang akan ditawarkan VSS berkenaan dan untuk rekod jumlah kakitangan syarikat tersebut ialah kira-kira 1,500 orang.

Pelaksanaan VSS itu dikatakan meliputi kakitangan Utusan Malaysia, Kosmo! dan sejumlah majalah yang diterbitkan oleh syarikat tersebut seperti Mastika, Saji dan Wanita.

Mazlan Aliman bakal terajui agensi Kementerian Pertanian

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dijangka dilantik menerajui sebuah agensi penting di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata pelantikan itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita sudah kemukakan nama beliau kepada Dr Mahathir dan setakat ini tidak ada masalah...Harap ia akan diketahui dalam masa terdekat, hanya tunggu keputusan perdana menteri.
"Saya rasa tidak ada masalah Mazlan diberi tempat untuk perjuangan beliau kerana apa yang telah dibuat terhadap peneroka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ketiga AMANAH bertemakan ‘Bersama Menerajui Perubahan’ di Dewan Tun Razak, di Temerloh hari ini.
Salahudian yang juga Timbalan Presiden AMANAH berkata, pelantikan itu dicadangkan sebagai menghargai perjuangan Mazlan membantu Pakatan Harapan (HARAPAN) sehingga menang 75 peratus di kawasan Felda pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
"Beliau sudah 30 tahun berjuang, itu kapasiti atau ‘track record’ yang harus diberi kepada Mazlan untuk beliau terus membela nasib petani,” katanya.
Salahudin berkata cadangan tersebut juga tidak bercanggah dengan janji “tiada lantikan politik” dalam manifesto HARAPAN memandangkan agensi yang berkenaan bukan syarikat berkaitan kerajaan.
Antara agensi yang terletak di bawah kementerian itu ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang.
-Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena