Sunday 30 September 2018

[Video Britain Mahu Dapatkan Bantuan Malaysia & Penyokong Saiful yang Berjiwa kental] Umno tak ada hak undang-undang saman wakil rakyat keluar parti.

Isnin, 1 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
Dahlah byk kali kantoi memfitnah, bodoh plok tu...
TEPOKKK...
Kenapa (sebelum PRU14) Najib gemar bawa masuk menteri-menteri sebegini ke dlm kabinet dapur nya?

Umno tak ada hak undang-undang saman wakil rakyat keluar parti


Umno tidak ada hak perundangan untuk mengambil tindakan terhadap wakil rakyat yang keluar parti itu, kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Dr Abdul Aziz Bari.
Menurut pakar Perlembagaan itu, buat masa ini tiada peruntukan undang-undang yang menyekat mana-mana ahli yang meninggalkan atau melompat parti.
“Itu adalah hak seseorang untuk keluar atau tinggalkan parti. Apa locus standi kalau mahu saman?
“Saman antara siapa, kalau dimalukan, difitnah bolehlah saman tapi dalam isu ini apa hak yang dilanggar atau dinafikan?” katanya seperti dipetik Bernama.
Menurut Aziz Bari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, usaha Umno itu bertentangan dengan prinsip demokrasi berparlimen selain menunjukkan ia semakin lemah atau berdepan kekalahan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menegaskan tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat yang meninggalkan parti itu sudah diambil, malah writ saman sudah dihantar kepada mereka. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena