Saturday 22 September 2018

[Video Mat Sabu offer ahli Umno dan Pas join Amanah] Wak Doyok sertai AMANAH & Bekas Imam Masjid Negara antara 4 tokoh juga sertai AMANAH.

Sabtu, 22 September 2018

Wak Doyok sertai AMANAH

WAK Doyok menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) sempena sambutan ulang tahun ketiga pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-3 Parti Amanah Negara di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Muhd Asyraf Sawal

TEMERLOH: Personaliti fesyen, Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) sempena sambutan ulang tahun ketiga parti itu, di sini, hari ini.
Penyertaannya dalam parti itu diumumkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Keahlian parti itu.
Mohd Azwan, 39, berasal dari Klang, Selangor berkata dia sebelum ini adalah ahli PAS sejak 1997 dan menyertai AMANAH kerana tertarik dengan keterbukaan parti itu dalam memperjuangkan konsep Islam untuk semua.
“Saya juga berminat menyertai AMANAH selepas melihat ia menarik ramai golongan profesional sama ada Melayu dan bukan Melayu.
BH Online.

Bekas Imam Masjid Negara antara 4 tokoh sertai AMANAH

Bekas Imam Masjid Negara antara 4 tokoh sertai AMANAH

Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Ustaz Hassan Mahmood al-Hafiz diumum menyertai AMANAH pada sambutan ulang tahun parti itu kali ketiga di Temerloh hari ini.
Pengumuman keahlian rasmi tokoh al-Quran berkenaan dibuat oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar.
Walaubagaimanapun, Ustaz Hassan tidak dapat hadir kerana difahamkan baharu pulang dari Makkah.
Selain itu, pakar robotik dan mekatronik, Izuwan Mohamad juga menyertai AMANAH.
Anak muda yang hadir di Dewan Tun Razak dengan berpakaian lengkap baju Melayu berwarna oren itu juga merupakan anggota Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia.
Turut diisytihar menjadi ahli AMANAH ialah bekas pimpinan mahasiswa Kamaruzzaman Yaakob dan selebriti Wak Doyok.
Sementara itu, Mahfuz mengingatkan agar ahli AMANAH tidak memutuskan hubungan silaturrahim dengan ahli Pas dan penyokong parti pembangkang lain.
“Kita hanya putus dengan Pas tapi tidak putus dengan ahli-ahli Pas untuk ajak mereka menyertai AMANAH,” serunya.
Sehubungan itu, Mahfuz merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Keahlian AMANAH berkata, pihaknya menyasarkan keahlian sebanyak 50,000 orang.
“InsyaAllah, kita akan menggerakkan aktiviti dengan mengetengahkan wajah tokoh yang menyertai AMANAH,” ujar Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena