Thursday 20 September 2018

[Video TUDUHAN TERHADAP NAJIB dijangka bertambah & Najib: You help me, I help you] 'Najib diikat jamin RM3.5 juta' Walaun & walauntit ngapa diam terkebil2? TITM: Pelampung Pas selamatkan Umno! Tok Lebai Why? PH tidak perlu umpan pemimpin Umno keluar parti.

Jumaat, 21 September 2018


Image result for Gambar pemimpin umno hadir Muktamar Pas
Zahid dan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno hadir Muktamar PAS

Memperkukuhkan kerjasama UMNO-Pas

PAS Hadi Awang and UMNO Zahid Hamidi - Whispering

Image result for Gambar pemimpin umno hadir Muktamar Pas
Noraini Ahmad (tiga dari kanan) beramah mesra dengan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh (tiga dari kiri) ketika hadir di Muktamar Dewan Muslimat Pas Ke-58 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu hari ini.
Image result for Gambar pemimpin umno hadir Muktamar Pas
KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) beramah mesra dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi (tengah) sambil diperhatikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-59 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, kelmarin. UTUSAN/FARID JANUDIN
Foto Suara Rakyat.
"PAS akan menjadi pelampung yang menyelamatkan UMNO daripada hanyut." - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Selama 55 tahun kita berjuang nak tenggelamkan UMNO, apabila UMNO hampir lemas kenapa kita nak pergi tolong..?" - Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Najib dibenar ikat jamin RM3.5 juta

Peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya akan membayar RM1 juta esok untuk ikat jamin Najib Razak, dan RM500,000 setiap hari mulai Isnin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 20 September, 2018.


PH tidak perlu umpan pemimpin Umno keluar parti, kata Azmin


Pakatan Harapan (PH) tidak perlu mengumpan pemimpin Umno keluar parti untuk menyertainya kerana pakatan itu sudah menjadi sebuah kerajaan yang kukuh, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata bagaimanapun sekiranya ada pemimpin Umno yang merasakan parti mereka telah rosak, maka mereka berhak untuk meninggalkan parti dan bersama PH menyertai reformasi bersama membela nasib rakyat.
“Untuk menyertai mana-mana anggota dalam PH, mereka perlu melalui proses supaya tidak ada satu suasana yang boleh rosakkan keharmonian dalam PH,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Bual Bicara Muafakat di Bemban, Jasin, Melaka, lapor Bernama.

Turut hadir Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Timbalan Menteri Industri Utama, Naib Presiden PKR Tian Chua dan kira-kira 200 anggota PKR negeri Melaka.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa semalam yang mendakwa banyak tawar-menawar berlaku supaya anggota parlimen Umno menyertai parti lain.
Sementara itu, Mohamed Azmin berkata Reformasi 2.0 yang diperjuangkan PH bukan lagi sebuah gerakan menjerit dan turun ke jalanan, sebaliknya sebuah gerakan bagi melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau berkata rakyat telah memberikan kepercayaan kepada PH pada PRU14 untuk menerajui kerajaan dan membela nasib mereka, justeru kuasa yang diperoleh itu perlu digunakan sebaiknya bagi melaksanakan aspirasi rakyat.
“Setiap pejuang dalam parti PKR harus fahami konsep dan prinsip refomasi itu dengan jelas. Pada peringkat awal kita mengerahkan kekuatan rakyat untuk menuntut sebuah kerajaan yang adil serta dapat memberi kemakmuran kepada negara dan juga rakyat keseluruhanya.
“Dalam fasa kedua ini adalah pelaksanaan kata-kata kita, kita mahu lakukan perubahan dalam tempoh 100 hari ini dan banyak perkembangan positif telah dilakukan,” katanya.
Beliau berkata antara perkembangan positif dicapai ialah kerajaan telah menjamin SPRM bertindak secara adil dan saksama tanpa campur tangan politik.
Katanya kerajaan juga memberi kuasa dan kebebasan kepada Pejabat Ketua Audit Negara supaya dapat melakukan audit pada semua kementerian, jabatan dan agensi tanpa campur tangan pihak eksekutif.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena