Monday, 24 September 2018

[Video Mujahid Rawa: Kes liwat pelajar tahfiz beroperasi tanpa lesen] Tahfiz swasta ni memang bikin 'serabut palotak' orang lah! Hina Tun M: Bersatu Nogori buat laporan polis & LGE: Boikot PRK PD tanda Umno hanya berjuang untuk kuasa, bukan prinsip.

Selasa, 25 September 2018

Related image

Foto Otai BERSIH.
Menteri melawat Sekolah Tahfiz yang khabarnya Pengetua di situ rabakkan bontot anak murid. Kalau betul, kenakan hukum yang berat. Tahfiz swasta ni memang bikin serabut palotak orang lah!
Image may contain: 1 person, text
No automatic alt text available.

Foto Otai BERSIH.
*Hina Tun M: Bersatu Negeri Sembilan buat laporan polis*
SEREMBAN - Parti Bersatu Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial memaki Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri Eddin Syazlee Shith berkata laporan polis dibuat kerana kenyataan pemilik akaun berkenan yang bersifat tohmahan dan provokasi terhadap Dr Mahathir dilihat jelas dapat mendatangkan ancaman keselamatan terhadap Perdana Mentari.
"Perbuatan beliau juga jelas bersifat perkauman boleh menggugat integrasi nasional dan secara langsung ianya dibuat untuk menjejaskan perpaduan yang ada bagi masyarakat berbilang kaum di negara kita.
"Kami minta supaya perbuatan ini disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan di bawah mana-mana peruntukan yang bersesuaian, dan kami minta dia dipanggil untuk memperjelaskan serta bertanggungjawab atas perbuatannya, " katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2 yang turut disertai 50 ahli parti tersebut di sini, malam ini.
Eddin Syazlee yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia membuat laporan polis selepas pemilik akaun laman sosial itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Dr Mahathir.

'Boikot PRK PD tanda Umno hanya berjuang untuk kuasa, bukan prinsip'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa keputusan BN untuk memboikot PRK Port Dickson kerana tahu mereka tidak akan menang, bukan kerana merasakan ia satu pembaziran.
Maka Lim berkata ia menunjukkan sikap sebenar BN yang hanya berjuang demi kuasa, bukannya kerana prinsip atau idealisme.
"Sebagai politikus, adakala anda perlu berlawan walau tahu tidak akan berjaya, tetapi ia tentang perjuangan itu sendiri.
"Kerana jika anda tidak berjuang hanya kerana anda fikir akan kalah, maka DAP sepatutnya sudah lama berputus asa. Kami kalah teruk banyak kali tetapi kami tak pernah putus asa.
i bermakna seluru perjuangan mereka (Umno dan BN) bukan kerana prinsip dan idealisme tetapi lebih kepada keuntungan, untuk kuasa," katanya ketika wawancara bersama Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
Minggu lalu Khairy Jamaluddin juga menyatakan perkara sama - BN perlu meletakkan calon di PRK itu walau tahu ia sukar untuk dimenangi.
"Ada masanya, walau anda kalah, hakikat yang anda bertanding (membantu) untuk membina asas. Masalahnya saya fikir Umno sudah hilang asas mereka," katanya.
Mengulas lanjut, Lim berkata lebih baik gagal selepas mencuba berbanding gagal untuk mencuba dengan menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai contoh yang kembali ke arena politik dan bekerjasama dengan seteru-seteru lamanya untuk "menyelamatkan Malaysia".
"Sukar baginya untuk untuk sampai ke kesimpulan (Malaysia dalam bahaya di bawah BN) tetapi setelah itu, beliau tahu tiada pilihan lain, bahawa jika beliau tidak membuat usaha terakhir, beliau tidak akan memaafkan dirinya sendiri.
"Jadi walaupun mungkin gagal, sekurang-kurangnya beliau sudah mencuba," katanya sambil berkata ia juga merupakan semangat yang dipegang Pakatan Harapan (HARAPAN).
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena