Friday, 28 September 2018

[Video Penyokong Anwar Rempuh Masuk Pusat Penamaan Calon?] Awas! 'Pelesit-pelesit' Umno sedang berkeliaran? Kalau PH pun sama bengong macam BN! Lebih baik lantik saja calon2 bebas yang berwibawa.

Sabtu, 29 September 2018

Zahid Hamidi Meets Mahathir Mohamad - After 14th General Election

*Awas! Pelesit-pelesit Umno sedang berkeliaran..*
Maka berkeliaranlah pelesit2 Umno melompat keluar dari kapal Umno yang sedang terbakar dan karam di tengah2 lautan sekarang. Apa saja yang mereka boleh capai untuk terapung di lautan, hatta sabut kelapa sekali pun, mereka akan capai.
Pelesit2 ini tidak patut dipandang walau dengan sebelah mata pun. Nilai diri mereka ialah macam daki yang luruh dari kulit badan yang tak mandi 10 hari. Biarkan saja si luncai terjun dengan labunya.
Keluarnya mereka dari Umno sekarang atas alasan apa sekali pun, semuanya tidak lain hanya alasan2 hipokrit. Baik Tok Pa ke, Anifah Aman ke, Syed Ali Alhabshee ke, Hamid Albar ke, atau sesiapa sajalah selepas ini.. semuanya sama saja.
Kalau betul mereka berprinsip, mereka sepatutnya keluar sebelum PRU14, waktu sang Najib sedang bermaharalela merogol dan meliwat negara dalam keadaan mabuk dengan ego dan keangkuhannya yang tidak terperi, bagaikan dunia berada di atas telapak tangannya.
Cuba kita pikir betul2.. Kalaulah Umno-BN terus menang PRU14 baru2 ini, adakah pelesit2 ini akan keluar Umno? Jangan harap laa..
Selagi bapak iblis yang nama Najib itu boleh suap pelesit2 dia, selagi itulah pelesit2 ini akan terus memuji, memuja, menyembah dan bersungguh2 pertahankan tuan yang bagi mereka makan.
Dalam bahasa Quran, makhluk macam Najib ini dinamakan Taghut dan pelesit2 dalam Umno ini pula adalah penyembah2 Taghut.
Perjuangan yang kononnya hendak pertahankan agama dan bangsa tidak lain hanyalah slogan dan retorik kosong saja. Yang kaya hanya mereka, sementara majoriti Melayu lain semakin miskin dan negara pula menanggung hutang menggunung yang akan diwarisi oleh anak2 serta cucu cicit kita selepas ini.
Yang sebenarnya ialah puaka2 dan pelesit Umno sudah menelan berbillion-billion ringgit. Yang dicampak hanyalah saki baki hampas dan sisa kepada orang Melayu yang mengekor disekeliling mereka seperti anak ayam yang kelaparan.
Mereka telah sama2 bersubahat dengan Najib dan Jho Low merosakkan negara. Paling kurang USD5 billlion atau RM20 billion duit rakyat sudah ditibai oleh cina buntal nama Jho Low itu dan Najib.
Malangnya selain dari Muhyidin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir, tiada seekor pelesit Umno pun yang bersuara menentang kemungkaran yang berlaku di depan batang hidung mereka. Sebaliknya, mereka terus bergayut di celah ketiak Najib beriya-iya mempertahankan _“innocence”_ nya.
Lebai2 Pas yang sewel tu bahkan lebih teruk lagi. Mereka sanggup menghalalkan kemungkaran Najib dan Jho Low atas nama Islam. Entah Islam versi apa agaknya yang menjadi anutan mereka.
Apabila bayangan Najib akan dihumban ke dalam penjara jadi semakin jelas sekarang, tiba2 pelesit2 ini lintang pukang lompat dari kapal Umno dengan berbagai-bagai alasan melodrama yang menjijikkan. Kenapa tidak ikut Lokman Adam yang gila isim itu terus pertahankan Najib dan Umno?
Lepas tu ada hati kononnya berkata yang mereka akan masih tetap perjuangkan nasib dan bangsa Melayu. Mereka dah bersubahat dengan Najib dan Jho Low memiskinkan majoriti orang Melayu sebelum ini, tiba2 masih nak temberang kita lagi? Kirim salaam sajalah..
Patutnya muka mereka diludah dengan kahak kuning-hijau. Lagi pekat, lagi bagus. Memang haram jadah dan bangsat punya pengkhianat agama, bangsa dan negara. Ptuuuiiiii...
Jangan kita nak simpati pada mereka. Kalau betul mereka jujur, mereka wajib nyatakan taubat serta kekesalan mereka secara terbuka dan memohon maaf kepada rakyat atas kesalahan dan dosa menyokong, mempertahankan dan berkhidmat kepada bapak segala lanun itu sebelum ini. Kalau tidak, jangan sedikit pun kita bagi muka dan rasa kesian pada mereka.
Kepada PKR, PBM dan Amanah pula, jangan jadi tolol ambik pelesit2 ini masuk dalam parti kamu. Kalau nak jahanam, silakan. Tapi kalau ada otak dan masih boleh pikir panjang, jangan buang karan ambik diorang.
Munafiq2 seperti ini tiada tempat dalam wadah perjuangan ikhlas yang berpaksikan kepada prinsip kebenaran dan keadilan untuk seluruh rakyat dan negara yang tercinta. Itu pun kalau betul PKR, PBM dan Amanah benar2 ikhlas dalam perjuangan untuk mengembalikan semula maruah negara dan membela nasib rakyat.
Tapi kalau khianati dan perbodohkan rakyat, tunggu sajalah masa kena humban dalam tong taik sama2 dengan Umno pada PRU 15 nanti.
Mungkin lebih baik kita lantik saja ahli2 parlimen bebas yang tidak terikat dengan mana2 parti. Kalau PH pun sama2 bengong macam BN, apa gunanya rakyat masih nak terus percaya kepada gabungan parti2 politik yang semuanya kuat kelentong? Lebih baik kita lantik saja calun2 bebas yang berwibawa.

1 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena