Friday 21 September 2018

[Video 'Dia ada perancangannya, lebih baik tanya Hisham sendiri'] 'Dah balun ataih katil, mengorat apa lagi pak lebai?' Hampeh!!!!! Nik Amar mengorat Tok Pa pula? Adakah pak lebai 'sudah kecut telur', bila ahli Pas ramai sudah berpaling tadah?

Sabtu, 22 September 2018

PAS Hadi Awang and UMNO Zahid Hamidi - Whispering

Image result for umno attends pas  General Assembly 2018
Dah balun ataih katil, mengorat apa lagi pak lebai... 
Tidak seperti tanggapan orang, hubungan PAS dan Umno setakat ini masih di peringkat awal, kata salah seorang naib presidennya. 

Malah dari perspektif Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, hubungan kedua-dua parti itu belum diikuti dengan sebarang ikatan. 

"Tiada apa-apa hubungan lagi antara PAS dan Umno, cuma baru duduk sekali, minum air sekali, mengorat pun belum, bertunang jauh sekali," katanya kepada media seperti dipetik harakahdaily hari ini. 

Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata dalam keadaan begitu sepatutnya tiada masalah timbul. Katanya belum ada kepastian mengenai masa depan hubungan antara PAS dan Umno. 

Terdahulu Mohd Amar ditanya mengenai kemungkinan hubungan dekat kedua-dua parti mendorong bekas menteri kanan BN, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan Umno pada 18 Sept lalu. 

Ia suatu perkembangan yang mengejutkan kerana Mustapa dianggap antara tokoh paling dihormati dalam Umno dan bebas daripada sebarang dakwaan penyelewengan atau salah guna kuasa. 

Tak biasa susah 
Pengunduran bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dibuat selang sehari selepas muktamar PAS di Kuala Terengganu berakhir. 

Muktamar berkenaan mencatat sejarah tersendiri apabila turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin kanan lain parti berkenaan. 

PAS pula menyatakan kesediaan mereka untuk menghantar wakil bagi merancakkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang adakan diadakan selama dua hari mulai 29 Sept ini.  

Untuk rekod kedua-dua parti itu mempunyai sejarah permusuhan yang panjang sehinggalah ia mengendur setahun dua ini dengan pelaksanaan dasar politik matang dan sejahtera PAS. 

Hubungan akrab PAS dan Umno sering dipersenda pengkritik seperti hubungan sepasang kekasih yang melalui proses percintaan, merisik, memindang dan bersanding. 

Mohd Amar berkata tanpa sebarang ikatan rasmi tuduhan musuh PAS bahawa parti itu sudah bergabung dengan Umno adalah meleset sama sekali. 

Sebaliknya kata Mohd Amar pemimpin Umno bertindak meninggalkan parti itu kerana mereka tidak pernah berasa susah dan perit menjadi pembangkang. 

"Sebab mereka ini sudah biasa hidup senang (sebagai) kerajaan, dia tiada pengalaman jadi pembangkang. 

"Apabila jadi pembangkang, ini sudah perit sebagaimana dirasai PAS," katanya.- mk 
Dah 3 pilihanraya kecil di selangor, pas & umno bukan lagi mengorat, tapi dah berkongsi ranjang. Saya setuju dgn nik amar yg sijil nikah memang belum ada. Dan kerana itulah juga org panggil pas umno bermukah. - Abu Fazli 

Pemimpin Pas ni takde kerja lain cakap pasal politik, mengorat la, konar baring la seolah2 negeri yg perintah byk duit bukan nya fikir dan bincang pasal rakyat nak cari makan mcm mana, negeri nak Maju mcm mana... takde duit nak bayar gaji pergi minta sedekah dgn org lain. otak penjual Ubat betul la.. sedar lah rakyat skrg susah nak hidup .. kau org sibuk pasal politik2 .. puak ahli pas yg sokong pemimpin mcm ini memang bahlul dan tolol - Abu Talib 

Amar sudah kecut telur , bila ahli pas sudah berpaling tadah , Tok Pa dan Anifah Aman sudah keluar umno Cuba buat penafian terang lagi bersuluh , nasi sudah jadi bubur - Shahrul Azwan 
Tumpang sekole.
Hampeh!!!!! 

Cakap² sebelum ini mereka intim,  berkhalwat,  kahwin sudah nikah belum,  nyata bohong dan fitnah.. 

Nik amar kata,  baru keluar sekali,  baru minum semeja... Mengorat pun belum, bertunang jauh sekali... 
Nik amar mengorat tok pa... Masih ada harga! 
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena