Saturday 22 September 2018

[Video Ku Li Hentam Kepimpinan Umno SANGGUP MERANGKAK Cari Pas] LIM GUAN ENG (Menteri Kewangan) Najib tak sepatutnya berpura-pura! 'Pendemo Bangkit' mesti marah neh!

Ahad, 23 September 2018

Image result for umno attends pas  General Assembly 2018

Najib tak sepatutnya berpura-pura

Datuk Seri Najib Razak masih enggan menjelaskan sebab mengapa hanya ada RM450 juta dalam Akaun Hasil Disatukan ditinggalkan BN kepada Pakatan Harapan pada 30 April 2018.
Ia adalah penyusutan sebanyak 96 peratus - atau RM11.41 bilion - berbanding RM11.86 bilion yang ada dalam akaun itu pada 31 Dis 2017.
Najib pasti menganggap rakyat Malaysia mudah terperdaya untuk mempercayai dakwaannya bahawa:
  • Nilai ringgit ditentukan oleh harga minyak;
  • Beliau tidak tahu-menahu bahawa kerajaan terdahulu gagal memulangkan semula bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan sebanyak RM35.5 bilion kepada rakyat
  • GST ialah sistem pencukaian yang lebih baik dan kurang membebankan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dalam aspek kenaikan harga
  • Kerajaan Persekutuan tidak akan berhadapan dengan krisis fiskal dan hutang lebih RM1 trilion.
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 telah membuktikan bahawa rakyat tidak sanggup lagi ditipu dengan dakwaan bahawa 1MDB adalah satu syarikat yang mampan dan bagus untuk negara walaupun kerajaan pusat terpaksa membayar segala hutangnya yang berjumlah RM50 bilion.
Najib juga nampaknya menghadapi kesukaran untuk membezakan antara Akaun Hasil Disatukan dan Kumpulan Wang Disatukan apabila mendakwa, pada 31 Dis 2017 Kerajaan Persekutuan mempunyai RM18.06 bilion untuk dibelanjakan, dan bukan RM11.86 bilion seperti saya dedahkan.
Najib juga salah apabila menganggap bahawa jumlah wang dalam Kumpulan Wang Disatukan boleh digunakan.
Ketara sekali, Najib gagal dalam ujian perakaunan kerana keliru dengan perbezaan Kumpulan Wang Disatukan dan Akaun Hasil Disatukan.
Mengikut undang-undang, kerajaan cuma boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan untuk perbelanjaan pengurusan.
Penyata belum diaudit
Akaun Hasil Disatukan mempunyai dana berjumlah RM11.86 bilion sehingga 31 Dis 2017 namun ia merosot kepada RM450 juta pada 30 April berikutan perbelanjaan berlebihan kerajaan untuk tempoh empat bulan (dari Jan 2018 hingga April 2018).
Jelas, ini adalah perbelanjaan yang digunakan untuk cuba membantu BN memenangi PRU ke-14 yang lalu.
Najib juga mendakwa bahawa beliau bukan lagi menteri kewangan apabila penyata kewangan bulanan untuk 30 Apr 2018 yang belum diaudit itu disediakan.
Beliau juga mendakwa terkejut apabila mendapati kerajaan BN cuma meninggalkan wang berjumlah RM450 juta (dalam Akaun Hasil Disatukan) kepada kerajaan HARAPAN. Ini sama sekali tidak benar.
Najib tidak sepatutnya berpura-pura menjelaskan kedudukan fiskal sebenar dengan menegaskan bahawa BN meninggalkan puluhan billion ringgit kepada kerajaan HARAPAN sedangkan hakikatnya cuma ada RM450 juta saja.
Bayangkan, kerajaan HARAPAN hanya ada RM450 juta sahaja untuk dibelanjakan bagi membayar emolument (gaji) dan pencen sedangkan keperluan sebenar ialah lebih RM8 bilion sebulan.
Adakah Najib masih keliru untuk membezakan atau memahami apa sebenarnya kandungan Hasil Akaun Disatukan walaupun beliau memegang jawatan menteri kewangan selama 10 tahun?
Najib - tanpa usul periksa - mempersoalkan kesahihan penyata kewangan Apr 2018 yang belum diaudit dan secara tidak langsung menuduh saya memanipulasi angka-angka tersebut.
Sebagai bekas menteri kewangan, beliau sepatutnya arif bahawa penyata kewangan bulanan Kerajaan Persekutuan disediakan secara berasingan oleh Jabatan Akauntan Negara.
Beliau sepatutnya tidak mempersoalkan kredibiliti penyata kewangan bulanan tersebut.
Najib sekali lagi gagal untuk menyedari bahawa menteri kewangan masih belum mengangkat sumpah apabila penyata kewangan bulanan untuk 30 Apr 2018 yang belum diaudit itu disediakan.
Najib sebaliknya harus menjelaskan mengapa terdapat penyusutan sebanyak 96 peratus (atau RM11.41 bilion) dalam Akaun Hasil Disatukan bagi tempoh antara 31 Dis 2017 hingga 30 April 2018, dan hanya meninggalkan RM450 juta kepada kerajaan HARAPAN.

LIM GUAN ENG ialah menteri kewangan dan anggota parlimen Bagan.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena