Thursday 7 February 2019

[Video Bukan Biasherrr Biasherr Malu Ape Bossku - Bimbang penyokong PH nampak] Nik Abduh: Pejabat SPRM buka ke?

Jumaat, 8Februari 2019

Image may contain: 1 person, eyeglasses and text
TS.

Nik Abduh: Pejabat SPRM buka ke?

Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di Kota Bharu, hari ini. 
Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu tiba di pekarangan bangunan SPRM Kelantan pada jam 10.20 pagi dengan memandu kereta sendiri.
Difahamkan kehadiran Nik Abduh itu bagi memberi keterangan berkait kes dana RM90 juta yang didakwa diterima beberapa pimpinan PAS daripada Umno.
Sebaik tiba di pintu utama pejabat SPRM tersebut, beliau bertanya kepada pengamal media yang berada di situ sama ada pejabat tersebut beroperasi atau tidak.
"Pejabat (SPRM) buka ke? " soalnya sebelum disambut jawapan 'buka' oleh rakan media.
Beliau berkemungkinan bertanya demikian susulan pintu utama pejabat SPRM tertutup rapi kerana pejabat agensi kerajaan tidak beroperasi secara rasmi hari ini di Kelantan.
Nik Abduh yang menaiki kereta Mercedes berwana hitam kemudiannya masuk ke kawasan parkir kenderaan dan di sambut beberapa pegawai SPRM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena