Friday 15 February 2019

[Video Itu memang suara Abduh tapi Pas nafi': Salahuddin] Pas-UMNO tidak akan berjaya di PRK DUN Semenyih & 'Bossku' hanya hiburan, belum tentu mampu curi tumpuan di Semenyih.

Jumaat, 15 Februari 2019
Kerjasama Pas-UMNO tisak akan berjaya di PRK Semenyih
MUHYIDDIN YASSIN
Pakatan Harapan (PH) membayangkan kerjasama Pas-UMNO tidak akan berjaya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berdasarkan simulasi yang telah dilakukan berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Katanya, simulasi itu menunjukkan PH mendapat undi majoriti kira-kira 6,000.
“Jika Pas-UMNO bergabung, PH tetap mendapat 1,989 undi majoriti.
“Kita ambil kira dalam kajian simulasi kita. Kali ini, apa bentuk kerjasama bagi kami tidak begitu penting. Yang penting, kita bekerja keras di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon PRK DUN Semenyih bagi PH di Taman Pelangi Semenyih, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
'Bossku' hanya hiburan, belum tentu mampu curi tumpuan di Semenyih.
Imej 'Bossku' yang ditonjolkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial disifatkan sekadar hiburan semata-mata dan belum tentu mampu 'mencuri' undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berpendapat walaupun rakyat dilihat bergambar dengan Najib pada program anjuran BN di kawasan DUN berkenaan, namun ia bukan penentu kepada sokongan undi mereka.
"Ia (imej Bossku) sekadar untuk media sosial sahaja, hiburan, belum tentu diterjemah kepada undi. (Program) Bossku yang datang (adalah) mat rempit. (Mereka) daftar mengundi ke tidak?
"Pada saya, biasalah. Individu kalau popular, orang akan jumpa nak tangkap gambar sahaja. Bukan mereka sokong pun, hanya nak masukkan ke dalam Facebook sahaja," katanya kepada pemberita selepas membentangkan hasil Kajian Survei Lapangan IDE 'PRK N24 DUN Semenyih: Apa pilihan pengundi' di sini, hari ini.
Ditanya sama ada BN perlu 'berhati-hati' daripada menonjolkan Najib semasa berkempen nanti, Mohammad Redzuan yakin kepimpinan parti itu lebih mengetahui bahawa penampilan bekas presiden mereka tidak akan meraih undi rakyat di Semenyih.
Tambah beliau, anggota dan penyokong BN khususnya UMNO juga sedar bahawa usaha untuk 'memulihkan' semula parti itu harus dimulakan dengan membawa imej baharu.
"Kalau kita baca komen Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan, beliau cuba nak elakkan hubungan parti itu dengan kepimpinan lalu seperti Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (presiden). Beliau sedang berusaha nak tunjuk brand (pembaharuan) dia dalam parti.
"Kalau panggil Najib (berkempen) ia seperti kembali kepada imej lama. Sama seperti di PRK Parlimen Cameron Highlands, walaupun Najib datang tapi beliau tidak mendominasi kempen, cuma untuk popular di media sosial saja," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac ini sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Semenyih, manakala Sabtu ini untuk hari penamaan calon dan tarikh mengundi awal pada 26 Feb.
PRK itu adalah yang keenam diadakan selepas tiga PRK di Selangor iaitu DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong diikuti PRK Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan dan PRK Parlimen Cameron Highlands, Pahang.
PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandang kerusi tersebut, Bakhtiar Mohd Nor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas, Bakhtiar memperoleh 23,428 undi mengetepikan penyandangnya daripada BN, Datuk Johan Abdul Aziz (14,464); calon PAS, Mad Shahmiour Mad Kosim (6,966) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (1,293). - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena