Saturday 16 February 2019

[Video SEMENYIH UmnoBN MENGGANAS? Polis Siasat Serangan Ke Atas Syed Saddiq] 2 laporan polis insiden kekecohan di Semenyih! Ha ha ha TERKENCING la Budak2 UmnoBN, Bebudak PAS tak terlibat tau..

Ahad, 17 Februari 2019

相關圖片
Saddiq claims he was in headlock, but Papagomo calls it a hug
「Foto BN serang Syed Saddiq」的圖片搜尋結果
Tiada penerangan foto disediakan.
2 laporan Polis berkenaan insiden kekecohan hari penamaan calon.
2 laporan Polis berkenaan insiden kekecohan hari penamaan calon.
1 di terima dri anggota polis yang bertugas
1 lagi dri Syed Saddiq
Insiden kekecohan yang berlaku selepas selesai hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Semenyih diklasifikasikan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan 147/323 kanun yang sama.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, laporan pertama diterima pada pukul 1.20 petang daripada anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang.
“Menurut laporan tersebut, anggota berkenaan mendakwa telah dikasari dan dipukul dari arah belakang oleh suspek yang tidak dikenalpasti dalam usahanya menyelamatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang diserang oleh sekumpulan penyokong pembangkang.
“Bagi tindakan siasatan, polis mengklasifikasikan siasatan ini di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, sementara laporan kedua pula diterima pada pukul 2.30 petang yang dilaporkan sendiri oleh Syed Saddiq di Balai Polis Sg. Way, Petaling Jaya.
“Dalam laporan tersebut Syed Saddiq mendakwa telah diserang oleh sekumpulan penyokong pembangkang. Bagi tujuan siasatan, kes ini di klasifikasikan di bawah Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatang kecederaan dan merusuh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diseru untuk menyalurkan maklumat atau menghubungi terus pegawai penyiasat iaitu Asisten Superintendan Radzee Jamudi di talian 019-6655811 dan Inspektor Sallena di talian 017-6424007,”

Hadi janji PAS tak sokong Umno di Semenyih - Dr M

Syed Saddiq diserang: Polis buka kertas siasatan

「Foto BN serang Syed Saddiq」的圖片搜尋結果
GAMBAR Menteri Belia dan Sukan diserang sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) selepas tamat hari penamanan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. - NSTP/sumber
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 353, 147 dan 323 Kanun Keseksaan susulan dua laporan polis berhubung insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff, berkata bagi laporan pertama, siasatan dibuat mengikut Seksyen 353 kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.
Katanya, laporan pertama dibuat anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang.
“Dalam laporan pertama, pengadu mendakwa dikasari dan dipukul dari arah belakang oleh suspek yang tidak dikenal pasti dalam usahanya menyelamatkan Syed Saddiq, yang diserang oleh sekumpulan penyokong parti BN.
“Bagi laporan kedua, Syed Saddiq mendakwa diserang sekumpulan penyokong parti BN dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 147 kerana merusuh dan Seksyen 323 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Dzaffir turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan supaya tampil menghubungi polis dengan segera.
Katanya, orang ramai boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Radzee Jamudi, di nombor 019-6655811 dan Inspektor Sallena di nombor 017-6424007.
Terdahulu, BH melaporkan Polis Selangor sedang mengenal pasti individu yang dipercayai terbabit dalam serangan ke atas Syed Saddiq, selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pagi tadi.
Ini berikutan tindakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya, jam 2 petang tadi sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di mana serangan dan provokasi itu berlaku.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan dari Syed Saddiq dan sudah merujuk kes berkenaan ke IPD Kajang.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Muar itu mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik beliau keluar dari pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini.
Video insiden provokasi selama 22 saat itu, juga viral di media sosial yang menunjukkan Syed Saddiq yang dikawal ketat polis dibawa keluar dari kawasan berkenaan.
BH Online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena