BIOGRAFI MUSYIDUR AM
TG Nik Aziz Sebagai Ahli PolitikTiga tahun kemudian, apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) berikutan kematian Tuan Haji Ahmad Abdullah (Haji Ahmad Perai), Haji Nik Abdul Aziz telah dicalonkan oleh PAS Kelantan untuk mempertahankan kerusi tersebut. Dengan izin Allah dan di atas ketokohan, kewibawaan yang jelas pada dirinya, PAS mengekalkan kerusi Parlimen tersebut.
Maka sejak itu kehidupan Haji Nik Abdul Aziz mula berubah. Tiba-tiba beliau menjadi begitu sibuk dengan tugas barunya sebagai Ahli Parlimen. Beliau sentiasa berulang alik dari rumahnya ke Kuala Lumpur. Tidak seperti wakil rakyat atau ahli parlimen lain yang lebih suka menetap di Kuala Lumpur, meninggalkan kawasan yang diwakili, meninggalkan rakyat yang telah mengundi mereka. Sebaliknya YB Haji Nik Abdul Aziz sanggup berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Beliau masih meneruskan kewajibannya mengajar di Masjid Pulau Melaka dengan penuh komitmen.
Beliau sering balik lewat malam kerana memenuhi jemputan untuk berceramah di merata pelusuk tanahair. Masa untuk bersama keluarga menjadi begitu singkat. Ketika itulah Datin Tuan Sabariah memainkan peranan yang lebih besar dalam mengurus rumahtangga dan mengasuh anak-anak.
YB Haji Nik Abdul Aziz tetap akan pulang ke rumah walau bagaimana sibuk sekalipun. Waktu yang begitu terbatas bersama keluarga digunakan dengan sebaik mungkin untuk melayani anak-anak dan menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit.
Pilihanraya Umum 1969
Masa berlalu begitu pantas. Seluruh negara disibukkan pula oleh suasana menghadapi pilihanraya umum. YB Haji Nik Abdul Aziz dicalonkan sekali lagi untuk mempertahankan kerusi parlimen Kelantan Hilir. Dalam satu peristiwa, YB Haji Nik Abdul Aziz pernah diserang dengan lontaran batu oleh kumpulan Pemuda Tahan Lasak UMNO sewaktu beliau pulang dari satu majlis ceramah di Pasir Putih. Undi besar yang diperolehi oleh beliau telah mengekalkan kerusi Kelantan Hilir di tangan PAS.
Beberapa hari kemudian tercetus peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. YB Haji Nik Abdul Aziz menyatakan;
Takdir Allah,.. Allah tidak mahu melihat PAS ini terus menerus hidup dalam keadaan budak atau keanak-anakan, maka Allah mendatangkan peristiwa 13 Mei yang melahirkan akta-akta sensitif, yang melarang manusia menyebut perkara-perkara seperti Melayu, China dan melarang manusia menyebut hal-hal yang bersangkutan dengan kerakyatan dan sebagainya.
Bermula dari situlah maka orang-orang PAS berusaha untuk mencurahkan kerja-kerja sebagai gerakan parti. PAS bukanlah menyebatkan satu teori, tetapi menjalankan dasar al-Quran dan al-Hadith yang merupakan dasar agama. Kita rasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan kegiatan agama, maka kita buat usrah, kita mula menterjemahkan buku-buku yang dikarang oleh pejuang-pejuang Islam seperti menterjemahkan buku Ma'alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang ditulis oleh Allahyarham Sayyid Qutb termasuk juga membawa masuk buku-buku karangan Bapak Nasir dari Indonesia yang menterjemahkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh persoalan jihad, politik dan sebagainya.
Maka lahirlah kuliah-kuliah Jumaat dan sessi ceramah untuk mengisi kekosongan waktu yang ada. Maka berkembanglah PAS yang bukan lagi dalam bentuk PAS budak-budak, tetapi PAS yang telah remaja....
petikan dari
Kemucut Dalam Perjuangan Islam
karangan
YB Haji Nik Abdul Aziz
PRU13 cuba dikaitkan dengan 13 Mei?
(Mohamad Sabu berucap di Lenggong)
LENGGONG: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kemungkinan akan dijalankan pada awal bulan Mei.
Menurutnya, ini bertujuan untuk Umno memainkan isu Tragedi 13 Mei kepada rakyat khususnya orang Melayu.
"Saya jangkakan pilihanraya akan diadakan pada awal bulan Mei ini bertujuan untuk membangkitkan isu Tragedi 13 Mei," katanya ketika berucap pada Ijtima' Pilihanraya PAS Perak yang diadakan di Kg Luat, Lenggong.
Beliau menjelaskan, jika dilihat ketika ini, pelbagai sepanduk dan papan tanda tentang keamanan dan kestabilan negara.
"Sepanjang lebuhraya Johor hingga Perlis, kita boleh lihat pelbagai jenis sepanduk tentang keamanaan, kestabilan, kacau bilau dan huru hara.
"Kini papan-papan tanda itu diletakkan diseluruh negara," jelasnya lagi.
Justeru itu, beliau menggesa semua jentera meyakinkan kepada rakyat bahawa kacau bilau dan huru-hara tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Jelas beliau,tanggapan tersebut hendaklah ditangkis supaya ianya tidak mempengaruhi masyarakat.
"BN akan menanam tanggapan itu dalam pemikiran seluruh rakyat dinegara ini hingga hari mengundi," katanya.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, Dato' Seri Najib dalam ucapan pembubaran parlimen turut menjamin perubahan kuasa akan berlaku dalam keadaan tenteram.
TG Nik Aziz Beriktikaf di Masjid
Ketua Polis Negara juga katanya telah mengatakan pihaknya akan menjalankan amanah dengan profesional jika negara diterajui oleh kepimpinan yang baru.
"Jadi rakyat tidak perlu risau tentang itu, negara akan aman sekiranya pemerintahan bertukar," jelas Mohamad Sabu.
Harakahdaily
0 comments:
Post a Comment