Monday 8 February 2016

SU PAS Selangor pakai pakaian menyerupai Dewa Cao Guo Jiu...AMANAH mahu tandingi semua kerusi PAS.

Selasa, 9 Februari 2016

AMANAH Selangor mahu tandingi semua kerusi PAS

Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor sedang bersiap sedia untuk menentang PAS di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang diwakili parti Islam itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti calon yang sesuai untuk bertanding pada PRU14.

"Kita dalam usaha menapis calon-calon yang bersesuaian selewat-lewatnya sebelum Ramadan (awal Jun) ini," beliau dipetik berkata.

Kata Izham lagi, Amanah Selangor kini mempunyai 6,000 ahli dan menyasarkan seramai 10,000 ahli kelak.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad sebelum ini dilaporkan menganggap AMANAH sebagai satu ancaman kepada parti itu di Selangor kerana hasratnya bertanding di 8 kerusi PAS dalam pilihan raya akan datang.


"Ancaman PAS adalah Umno tapi ada musuh baharu di mana mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kerusi mereka akan rampas," katanya ketika berucap di Ijtima Pilihan Raya Selangor lalu.

Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang akan ditandingi mereka sebanyak 25 kerusi.

"PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH, sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan," katanya.
KDL.
Tindakan Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman berpakaian seperti dewa Cina pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina dimaafkan Dewan Ulama PAS dan yakin beliau tidak berniat mempersendakan Islam. – Gambar ihsan khairulryezal.blogspot.my, 9 Februari, 2016.
KUALA LUMPUR: Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman bersedia dan terbuka untuk menerima apa sahaja pandangan dan keputusan daripada Majlis Syura Ulamak (MSU) terhadap tindakannya yang megenakan pakaian ala Maharaja China ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau mengakui kesilapannya dan menyerahkan segala keputusan terhadap tindakan itu kepada kebijaksanaan pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak.

Ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong beliau memakai pakaian Maharaja China kerana ia adalah pakaian budaya masyarakat Cina dan tidak ada kena mengena dengan agama kaum tersebut.




Beliau tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa . 

Katanya, persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala Maharaja China.

“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka," katanya. 

Bagi menghormati majlis dan budaya bangsa lain beliau tidak menolak permintaan daripada persatuan penduduk Wangsa Permai. 

Sebagai Setiausaha PAS Selangor beliau menyerahkan isu itu kepada kepimpinan PAS Pusat serta Majlis Syura Ulamak untuk memutuskan kedudukannya dalam parti di Negeri Selangor.

"Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya. Sekiranya saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan dari Allah SWT dan saya mohon maaf kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS khususnya di Selangor atas kesilapan saya ini," katanya.

Beliau bersedia dan terbuka untuk menerima apa sahaja pandangan dan tindakan selanjutnya daripada kepimpinan ulama yang diterajui Majlis Syura Ulamak.

"Saya yakin dan percaya PAS dipimpin oleh Kepimpinan ulama dan mereka lebih maklum dari segi hukum dalam masyarakat majmuk seperti Selangor. Apa pun pandangan nanti, saya terima, insya Allah," katanya. - hrkh

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena