Saturday 6 February 2016

Umno bukan lagi pilihan anak muda - Exco Puteri Umno

Ahad, 7 Februari 2016

Gelombang anak muda menolak Umno tidak boleh dipandang ringan pemimpin parti itu.

Datuk Mukhriz Mahathir dapat jolokan 'anak mak'

Saya bukanlah anak Kedah. Cuma saya ingin berkongsi rasa dan menyatakan apa yang terbuku dalam hati saya kerana saya adalah anak muda yang berdarah Umno.

Apa yang berlaku selama dua minggu ini benar-benar merenggut ketenangan saya sebagai anak kelahiran Pulau Pinang. Apa yang terjadi, diluar batas pemikiran saya.


Terkejut... 
Kecewa... 
Sedih... 
Hiba... 
Sayu... 
Semua perasaan bercampur baur.

Saya sempat berbual melalui telefon dengan salah seorang Ketua Umno Bahagian dari Kedah ketika beliau dalam perjalanan ke Hotel Grand Alora pada hari PC (sidang akhbar) Ketua-ketua Umno Bahagian menyatakan hilang sokongan kepada Mukhriz Mahathir. 

Saya tanya apa yang berlaku? 
Jawab beliau... 
'MB kurang memberi'. 
Tanya saya... 
'Kurang memberi apa lagi? 
Projek? Tender ataupun jawatan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Negeri?' 
Dia hanya menjawab... 'Aeiza tak faham...' 

Tetapi akhirnya beliau mengaku bahawa ketua-ketua bahagian diberi RM50,000 sebagai saguhati kerana hadir ketika PC di Hotel Grand Alora. Dan juga RM5,000 kepada ketua-ketua sayap bahagian. 

Semurah tu nilai maruah ketua-ketua bahagian dan sayap di Kedah walaupun ada yang mengaku tidak tahu tujuan PC diadakan. 

Jadi kami cuma minta fahamkan kami... Berikan alasan mengapa? 

Kami tidak akan menolak jika ianya memberi kebaikan kepada parti tetapi jika membuatkan sebuah negeri kembali kalah ke tangan pembangkang jadi untuk apa? 

Untuk apa jika ianya mendatangkan musibah malah perpecahan kepada parti? 

Persoalannya yang paling misteri, kenapa sekarang? 

Ditengah Umno sendiri terpalit dengan pelbagai isu yang tidak dijawab, ditambah lagi isu yang bisa membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya anak muda? 

Paling ketara, Ketua-ketua Bahagian ini menyatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar dan bukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. 

Bukannya Adun BN yang menyatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar tetapi Ketua-ketua Bahagian. 

Kemudian barulah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan kejar seorang demi seorang Adun BN dan meminta mereka menandatangani surat Akuan Berkanun sehinggakan YB Datuk Sabrina juga menandatangani surat berkenaan walaupun ditahan dalam wad di Hospital KPJ, Bandar Perda. 

Mainan politik apakah ini? 

Gila apakah yang sedang berlaku di dalam Umno yang kami sayangi? Siapa boleh menafikan bahawa faktor kemenangan Umno dan BN di Kedah adalah disebabkan seorang anak muda yang bernama Mukhriz Mahathir? 

Saya tidak memihak mana-mana pihak. Cuma sudah terlalu banyak isu, kontoversi, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan atasan yang dilihat makin lama makin memakan diri. 

Adakah Kedah nak terima nasib seperti Pulau Pinang? Tetapi tidak disangka apabila Kedah berjaya ditakluk, ini yang terjadi. 

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal, kini giliran Mukhriz pulak. Sibodoh yang tak faham politik pun bijak menilai kenapa. 

Benar bahawa pemimpin datang silih berganti.Kepentingan parti perlu diutamakan. Tetapi atas kesalahan apakah Mukhriz Mahathir perlu dihukum sebegini rupa? Hanya kerana Mukhriz Mahathir lantang bersuara? 

Kami mulai sedar Dato'. Pemimpin kami di atas dah kurang mendengar. Dipekakkan telinga, dibutakan mata dan masih dalam sindrom penafian. 'Menjaga' pemimpin bahagian dengan beri habuan semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Kami bukan pekak. Juga bukan tuli yang hanya terima segala perbuatan kepimpinan atasan. Kami lihat, kami dengar, kami baca, kami berbual, kami timbang, kami bincang, kami rasa dan kami cari jawapan. Tetapi kami tahu, suara kami tidak akan kemana. Tidak akan didengar. 

Apabila Mukhriz letak jawatan, bukan sahaja rakyat Kedah merasa kesannya. Kami di Pulau Pinang juga terkena tempiasnya.Maka, telah ditanam hasrat sejak dari awal lagi, jika Mukhriz turun dari jawatan MB Kedah, Umno bukan lagi pilihan kami. Kami terpaksa. Kerana kami kesal... 

Bukan Umno ini yang kami mahukan... Kami anak muda yang benar-benar sayangkan Umno. Kepada Umno tempat kami bersandar, bergantung harap. 

Sampaikan salam kami anak-anak muda Umno kepada Datuk Seri Mukhriz jika Dato' berpeluang bertemu beliau. Sampaikan pesanan kami anak-anak muda Umno agar beliau teruskan bersuara lantang selagi ianya benar. Kami akan sokong! 

Beliaulah sebenarnya pemimpin yang berjiwa besar! 
 ____________________________________ 
* Aeiza Hassan ialah Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang dan Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia. Posted by mountdweller at 12:18 AM 

1 comments:

77777 said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no ((( 0823 1366 9888 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..




KLIK DISINI 4d 5d 6d




Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[ 0823 1366 9888 ]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/










Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena