Saturday 6 February 2016

[Video] Papagomo tidak berhak pukul warga asing, kata aktivis migran.

Ahad, 7 Februari 2016



Papagomo tidak berhak pukul warga asing, kata aktivis migran 

Penyelaras Migration Working Group (MWG) Jessica Low berkata Papagomo seharusnya memaklumkan kepada polis jika beliau mengenal pasti pelaku itu dan membenarkan polis  menjalankan siasatan.
Pelakunya, dikatakan seorang pekerja asing dari Pakistan, sepatutnya didakwa di bawah undang-undang Malaysia jika didapati bersalah, kata Low.
"Tiada siapa mengatasi undang-undang dan dia (Papagomo) sendiri mengaku mengetahui dia sudah melanggar undang-undang." katanya kepada The Malaysian Insider.
"Dia tidak boleh buat begitu. Tidak kira sama ada pelaku yang dikatakan itu ialah seorang pekerja asing, warganegara Malaysia, pelancong atau mana-mana kewarganegaraan, anda perlu mengikut undang-undang negara.
"Jika benar dia (pekerja asing) melakukan jenayah seperti yang didakwa Papagomo, maka tindakan perlu diambil terhadapnya tetapi mengikut undang-undang," katanya.
Dalam 1 rakaman video, Papagomo dilihat menampar, menolak dan menendang lelaki yang dituduh mengganggu 2 adik perempuannya dan 2 rakan mereka yang lain. Kejadian itu berlaku pada 29 Januari lepas.
Video ini tersebar luas di media sosial dan memperolehi lebih daripada 50,000 “like”  dan lebih sejuta tontonan.
Di sebalik serangan itu, ramai pengguna Facebook memuji Papagomo kerana melindungi adik perempuannya.
Papagomo mempertahankan tindakannya dengan berkata dia melindungi adik perempuannya kerana lelaki Pakistan itu didakwa mengganggu mereka.
Low berkata, rakyat Malaysia mungkin bersimpati dengan Papagomo kerana pengakuannya yang dia akan melakukan perkara yang sama tanpa mengira kewarganegaraan pelaku.
"Tetapi tiada sesiapa pun berhak mengambil tindakan sendiri tanpa mengikut undang-undang," katanya.
Beliau berkata polis perlu telus dan konsisten dalam menyiasat perkara itu dan memuji pihak berkuasa yang menyatakan akan berbuat demikian walaupun tiada laporan dibuat mengenainya.
"Jika mereka sedang menyiasat perkara ini, kami memuji mereka dan diharapkan beberapa penjelasan akan diberikan berkenaan apa yang sebenarnya berlaku."
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim semalam berkata, polis akan menyiasat Papagomo walaupun tidak ada laporan yang dibuat terhadapnya.
Rashid berkata tindakan Papagomo ini merendahkan polis dan semua orang yang melanggar undang-undang perlu diberi pengajaran.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen pula menyifatkan tindakan Papagomo sebagai "keadilan ala samseng", dan berkata perbuatan itu sudah pasti satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
"Jika pekerja asing melakukan apa saja kesalahan, mangsa perlu membuat laporan polis, bukan kembali dengan sekumpulan orang untuk memukul pelaku yang dituduh," katanya.
Beliau berkata, polis harus mendengar cerita dari pihak warga asing itu juga.
"Kami masih tidak tahu apa sebenarnya berlaku tetapi sudah tentu kita tidak boleh menggalakkan tingkah laku samseng itu." – 6 Februari, 2016.     
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/papagomo-tak-berhak-pukul-pendatang-kata-kumpulan-penyokong-migran#sthash.UOK6SY3j.dpuf

1 comments:

77777 said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no ((( 0823 1366 9888 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..




KLIK DISINI 4d 5d 6d




Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[ 0823 1366 9888 ]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/










Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena