Saturday 9 April 2016

Masalah Kenaikkan Yuran KUISASI: Pemuda AMANAH sedia menghadap SULTAN PERAK & TH Asmuni keluar IJN.

Ahad, 10 April 2016
MASALAH KUISASI: PEMUDA AMANAH SEDIA MENGHADAP SULTAN PERAK
Oleh: Mohd Fitri Bin Asmuni
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak
1. Pemuda AMANAH Negeri Perak mengucapkan terima kasih kepada semua rakan media yang sudi hadir pada sesi sidang media petang ini;
2. Sidang media kali ini adalah berkaitan dengan isu kenaikkan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS);
3. Program Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan merupakan program baru yang ditawarkan oleh KUISAS kepada para pelajar dengan yuran pengajian sebanyak RM48,340;
4. Berbanding dengan pengajian lain yang terdapat di KUISAS, kadar yuran pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Pengajian Islam adalah sebanyak RM30,640;
5. Kadar yuran tersebut adalah berdasarkan kepada yuran pengajian yang dikemaskini pada 15 April 2015 yang boleh diakses melalui laman sesawang KUISAS sendiri dihttp://web.kuisas.edu.my/index.php/bm/icons/yuran-pengajian;
6. Yuran Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan tersebut jika hendak dibandingkan dengan yuran bagi Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Islam adalah membebankan di mana perbezaannya mencecah RM18 ribu.
7. Jika dilihat dari sudut perbandingan dengan Kolej Universiti Islam yang lain pula, yuran pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan di KUISAS hampir dengan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang turut mendapat rungutan daripada sebahagian para pelajar di sana;
8. Berbeza dengan Kolej Universiti Islam yang lain seperti Kolej Universiti Insaniah (KUIN), yuran pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) adalah sebanyak RM28,110 sahaja manakala di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), yuran pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam tidak melebihi daripada RM40 ribu;
9. Sehingga kini, fakta menunjukkan bahawa jumlah pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan di KUISAS kurang daripada 10 orang dan bagi kami, ini amat mendukacitakan;
10. Sungguhpun kadar yuran bagi pengajian yang lain di KUISAS boleh dianggap munasabah, namun telah ada beberapa pelajar tempatan terpaksa berhenti belajar di mana ada diantara mereka sudahpun berada di Semester 4 pengajian;
11. Diantara sebab pelajar-pelajar tersebut berhenti belajar adalah disebabkan oleh masalah kewangan keluarga yang tidak mampu untuk menanggung yuran pengajian anak-anak mereka di KUISAS;
12. Dalam erti kata lain, sekiranya kadar yuran bagi pengajian selain Sarjana Muda Syariah Gunaan itupun sudah dianggap membebankan bagi sesetengah pelajar, maka sudah tentu kadar yuran pengajian bagi Sarjana Muda Syariah Gunaan berjumlah RM48,340 tersebut sangat membebankan;
13. Dalam masa yang sama, kami mendapat laporan bahawa dana yang dimiliki oleh KUISAS telah banyak dibazirkan ke arah perkara-perkara yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan KUISAS Holding Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menguruskan KUISAS menanggung beban hutang yang tinggi sehingga mencecah lebih daripada RM1 juta;
14. Kami juga mendapat laporan bahawa tender kafeteria KUISAS yang sebelum ini dibuat secara terbuka kemudiannya telah diberikan secara terus (direct tender) kepada Koperasi KUISAS tetapi kafetaria terpaksa mengenakan bayaran yang agak mahal kepada para pelajar kerana Koperasi KUISAS telah melantik syarikat luar Perak untuk mengendalikan kafetaria tersebut;
13. Adakah fakta-fakta yang kami dedahkan di atas memungkinkan yuran pengajian di KUISAS dinaikkan secara mendadak?;
14. Oleh itu, kami menuntut supaya KUISAS atau Exco Pendidikan Perak, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria segera tampil menjawab persoalan-persoalan yang kami bangkitkan di atas;
15. KUISAS perlu satu reform dan rombakan besar-besaran jika ingin melihat institusi tersebut menjadi institusi pendidikan yang berjaya;
16. Kami tidak mahu institusi pendidikan seperti KUISAS musnah disebabkan oleh tangan-tangan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan kami akan pastikan KUISAS terus subur menjadi sebuah institusi kebanggaan negeri Perak jika Pakatan Harapan diberikan mandat untuk memerintah pada PRU yang akan datang;
17. Kami juga berhasrat menyampaikan sembah maklumat tentang KUISAS ini ke pengetahuan Seri Paduka Sultan Perak jika diperkenan.
Sekian, terima kasih
7hb April 2016


Alhamdulillah, saya telah selamat sampai di rumah sebentar tadi selepas keluar dari IJN pada jam 1.30 tengahari. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat di atas ingatan, doa dan ziarah sama ada sebelum atau selepas saya menjalani pembedahan. Semoga Allah SWT membalas budi baik semua sahabat-sahabat dengan ganjaran yang sewajarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena