Saturday, 1 April 2017

[Video Ust Ridwan - Tolak UmnoBN & Sekutunya PRU14] 'Macam mana 1MDB nak bayar baki hutang RM40b?'

Sabtu, 1 April 2017

'Macam mana 1MDB nak bayar baki hutang RM40b?'


Tun Dr Mahathir Mohamad meminta perdana menteri menjelaskan bagaimana 1MDB mahu membayar baki hutangnya yang boleh mencecah kira-kira RM40 bilion.
Kata Dr Mahathir, jumlah bayaran dibuat 1MDB bernilai hampir RM3.9 bilion.
Pada masa sama, agensi pelaburan milik kerajaan itu kini mempunyai dana bernilai RM7.07 bilion sedangkan jumlah hutang yang ditanggung oleh 1MDB adalah RM50 bilion setakat Januari 2016.
"Ia akan menjadi menarik untuk mengetahui sama ada 1MDB memiliki aset lain untuk dijual bagi mengimbangi baki hutang RM50 bilion yang boleh mencecah sehingga RM40 bilion.
"Jika tiada lagi aset, bagaimana 1MDB bercadang untuk mengumpul dana RM40 bilion ini?" kata Dr Mahathir melalui kemas kini terbaru blognya malam ini.
Hari ini Datuk Seri Najib Razak memberitahu Dewan Rakyat, 1MDB telah menjelaskan semua hutang bank dan hutang jangka pendek firma itu.
"Pada masa ini, 1MDB tidak mempunyai apa-apa hutang bank dan jangka pendek," katanya melalui jawapan bertulis bagi menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta beliau menyatakan angka terkini mengenai kakitangan 1MDB, aliran tunai, hutang dan aset firma itu.
Kata Najib, bayaran balik hutang 1MDB membabitkan:
  • Membayar penuh kemudahan kredit RM229.5 juta kepada Affin Bank pada 23 November 2015.
  • Menjelaskan sepenuhnya kredit siap sedia bernilai RM950 juta kepada kerajaan pada 31 Mac 2016.
  • Membayar balik kemudahan pinjaman berjangka RM2 bilion kepada Marstan Investment NV pada 8 April 2016.
  • Menjelaskan kemudahan pembiayaan berjangka AS$150 juta dengan EXIM Bank pada 15 April 2016.
"Oleh kerana pelan rasionalisasi berterusan 1MDB, tiada aset baru yang diperolehi di dalam dan di luar negara pada tahun 2015 dan 2016," katanya.
Di mana wang itu
Dr Mahathir berkata, kemungkinan 1MDB membayar hutang berkenaan menggunakan dana bernilai RM10.97 bilion yang dikumpul melalui penjualan pelbagai aset, termasuk syarikat Edra Global Energy Berhad, Bandar Malaysia dan tanah Tun Razak Exchange.
Ketika 1MDB bebas daripada hutang bank, katanya, firma terbabit masih menanggung sejumlah besar bon dan pinjaman daripada beberapa banda berkanun.
Ia termasuk dia bon bernilai AS$3.5 bilion (RM15.47 bilion) bagi pengambilalihan stesen janakuasa, bon AS$3 billon (RM13.26 bilion) daripada kerjasama dengan syarikat Abu Dhabi Malaysia Investment Company dan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.
Syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) juga menuntut hutang dan pampasan bernilai AS$6.5 bilion (RM28.73 bilion) daripada 1MDB melalui proses timbang tara antarabangsa.
Kata Dr Mahathir, ia adalah suatu jumlah yang besar.
"Ia mesti ada di maa-mana. Adakah wang tersebut telah dilaburkan? Jika ya, dilaburkan ke mana? Atau ia telah dibekukan?
"Jika demikian halnya, siapa telah membekukan wang itu dan mengapa. Apakah 1MDB layak menuntut wang beku?
"Adakah 1MDB membawa balik semua wang yang dilaburkan tidak mengikut kelulusan Bank Negara seperti sepatutnya? Jika tidak, di mana wang itu?" katanya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mengingatkan sebelum ini Bank Negara pernah mengarahkan 1MDB membawa pulang dana yang dihantarnya ke luar negara tanpa mendapat kelulusan bank pusat.
Katanya, penjelasan Najib hari ini hanya menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding memberikan jawapan.
"Mungkin Perdana Menteri dapat menjelaskan. Ia adalah wang rakyat. Mereka berhak tahu kerana pada akhirnya mereka yang akan terpaksa membayar (hutang ditanggung itu) walau dengan apa cara sekali pun," katanya.
Malaysiakini.

    0 comments:

    Post a Comment

    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena