Sunday, 1 October 2017

[Video PRU14 Bakal Milik HARAPAN! Saifuddin Nasution Dedahkan STRATEGI RAHSIA untuk MENANG!] PH tidak tawarkan calon ‘jaguh kampung’ seperti BN.

Isnin, 2 Oktober 2017

Image result for Foto pakatan harapan

PH tidak tawarkan calon ‘jaguh kampung’ seperti BN

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin hari ini rakyat perlukan calon-calon yang tulus ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat yang bersungguh-sungguh untuk membantas rasuah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)  akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi (MPT) Bersatu, Tariq Ismail berkata, banyak faktor yang perlu dinilai apabila parti  memilih calon.
“Jika dinilai secara klinikal, demi memenuhi kriteria atas kertas sahaja, walau macam mana jati pun darahnya, rakyat tetap akan menolak calon. Macam orang cari pasangan juga tak semestinya yang dekat di mata itu dekat di hati.
“Apa yang perlu adalah seseorang yang berjiwa rakyat dan sanggup memberikan khidmat kepada rakyat walau dari mana asal mereka.
“Seseorang yang sanggup mengambil risiko dengan berpindah ke kawasan baru dan berusaha mengenali hati nurani masyarakat setempat. Bukannya seseorang yang telah lama bertapak di suatu kawasan dan memandang ringan usaha mengenali rakyat kerana bertanggapan dia sudah mengenali rakyat di kawasan tersebut.
“Bahkan bukan calon jaguh kampung yang hanya mampu berkokok di pagi hari, tetapi di siang hari, membungkam seribu bahasa bila berdepan amalan rasuah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Majlis Tertingi Umno yang juga Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Aziz Kaprawi yang berpendapat hasrat Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan tiga lagi calon Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di Johor dalam Pilihan Raya (PRU) Umum ke-14 dianggap menepah bala.
Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading dipetik berkata, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pasti sedar bahawa dirinya tidak mampu untuk memenangi semula kerusi Parlimen Lembah Pantai kerana tidak memberi khidmat kepada rakyat, dakwanya.
Menurut Tariq lagi, amat ketara sekali perbezaan ideologi politik antara PH dan Barisan Nasional (BN) serta Umno dan Bersatu.
“Kekadang saya terpinga membaca “teguran” beliau terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Seperti biasa, saya terperangkap di dalam dilema dibuatnya, antara tergelak dan menangis.
“Mungkin ini UMNO amnya dan Datuk Aziz khususnya bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa hanya anak jati tempatan sahaja yang layak bertanding di sesuatu kawasan. Tetapi dalam masa yang sama, beliau juga menyentuh tentang perlunya memberi khidmat terbaik buat kawasan yang ditadbir.
“Sememangnya, secara teorinya, anak jati tempatan akan mampu memberikan khidmat terbaik buat rakyat kerana anak jati sepatutnya lebih tahu nadi orang sekampung dan lebih peka kepada sensitiviti masyarakat setempat.
“Tetapi secara praktiknya, ini tak semestinya benar. Semuanya bergantung kepada keperibadian, dan jati diri seseorang itu. Lihat sahaja pada Datuk Hishammudin Tun Hussein di Sembrong,” ujarnya.
Ketua Bahagian Penaja Sri Gading ini berkata, ‘calon luar kawasan’ ini seumpama polisi dalam mana-mana organisasi korporat – memindahkan pegawai-pegawai ke daerah dari masa ke semasa agar tidak terlalu lama bertapak di sesuatu tempat.
“Natijahnya juga tanpa polisi sedemikian, selain sikap sambil lewa, adalah berleluasanya korupsi dan rasuah.
“Pegawai-pegawai yang terlalu lama berkepuk di sesuatu tempat berkemungkinan besar akan mula membina empayarnya sendiri kerana pengaruhnya yang semakin kuat. Apa-apa amalan kurang baik atau kelemahan pentadbirannya juga tidak mungkin dapat diketahui atau ditangani dengan berkesan. Dalam situasi sebegini, manakah tempat rakyat mengadu?
“Disinilah perbezaan pendapat antara BN dan PH membawa pendekatan berlainan. PH bersungguh-sungguh ingin memerangi korupsi dan rasuah di kalangan ahli-ahli dewan dan parlimen. Langkah mempelbagaikan dan memindahkan calon adalah salah satu langkah pengawalan yang penting bagi usaha murni ini. PH akui langkah ini perlu diimbangi dengan keperluan memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” terangnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena