Friday, 7 September 2018

[Video Aktivis pelajar 'demo' bantah pelantikan Maszlee & Dr M ulas khidmat Maszlee sebagai Presiden UIA] Tak 'terukir di batu', lantikan presiden UIA dikaji semula.

Jumaat, 6 September 2018

Dr M ulas khidmat Maszlee sebagai Presiden UIA

Tak 'terukir di batu', lantikan presiden UIA dikaji semula



Kerajaan akan mengkaji semula pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Berkenaan dengan UIA ini, banyak yang memberi pendapat.
“Kita selalu sensitif terhadap orang ramai dan kita akan kaji semula tentang pelantikan ini kerana (perkara) ini bukan terukir pada batu.
“Kita boleh ubah pendirian kita,” katanya kepada pemberita.
Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada semakan semula itu akan dibuat oleh HARAPAN atau kerajaan.
Pelantikan Maszlee itu mengundang kritikan kerana ia dikatakan melanggar janji HARAPAN untuk membebaskan institusi pengajian tinggi daripada pengaruh politik.
Langkah itu bukan sahaja dikritik pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil tetapi juga suara-suara dari dalam gabungan parti memerintah sendiri.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena