Saturday 8 September 2018

[Video Kecoh depan Sogo, protes Lokman disekat polis] Kah3 Misi JANDA BAIK Majlis Tertinggi Umno Gagal sentuh SOGO! 'Samseng Lokman' akhirnya akan seperti Jamal, MENGEMIS EHSAN AG...

Sabtu, 8 September 2018
Alang² menyamun,  biar sampai licin...
Tumpang sekole.

Jamal mohon kes digugurkan

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) bersama peguamnya, Datuk Mohd Imran Bin Tamrin (kanan) dan Datuk Sulaiman Ismail bercakap kepada media mengenai penyerahan reprensentasi permohonan pengguguran kes keatas beliau kepada Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara Putrajaya. foto MIRZA HASIM, 6 SEPTEMBER 2018.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) bersama peguamnya, Datuk Mohd Imran Bin Tamrin (kanan) dan Datuk Sulaiman Ismail bercakap kepada media mengenai penyerahan reprensentasi permohonan pengguguran kes keatas beliau kepada Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara Putrajaya. foto MIRZA HASIM, 6 SEPTEMBER 2018.
PUTRAJAYA – Datuk Seri Jamal Mohd Yunos mengemukajan surat rayuan permohonan representasi mengkaji dan menarik balik segala pertuduhan yang sedang dan bakal dihadapinya di mahkamah.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu hadir di lobi Jabatan Peguam Negara bersama dua orang peguam Datuk Sulaiman Ismai dan Datuk Imran Tamrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang pada pukul 2.35 petang.
Jamal berkata, dia telah mengemukakan permohonan representasi itu untuk pertimbangan Peguam Negara, Tommy Thomas menerusi pegawai Unit Komunikasi Korporat Peguam Negara, Wasri Ahmad Sujani.

MalaysiaGazette

PERAWAN ATAU JANDA BAIK

SAMSENG LOKMAN AKHIRNYA AKAN SEPERTI JAMAL, MENGEMIS EHSAN AG...


Misi gagal! Himpunan yang diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam di Jalan Tuanku Abdul Rahman malam ini gagal berlangsung seperti yang dirancang apabila ia melanggar arahan polis.

*Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi diketuai ACP Shaharudin Abdullah menyekat perarakan berkenaan dan mengarahkan kira-kira 50 pesertanya bersurai.

Polis juga didakwa merampas mikrofon daripada Lokman.

Protes berkenaan terpaksa dipindahkan ke lokasi lain gara-gara ucapan Lokman gagal diperdengarkan kerana ditelan oleh bunyi muzik dan nyanyian pemuzik jalanan berhampiran kompleks beli-belah Sogo.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan, Lokman kedengaran memberitahu polis untuk menyuruh pemuzik jalanan berkenaan merendahkan bunyi sistem PA kerana terlalu bising.

Apabila tiada tindak balas daripada sebarang pegawai polis, penunjuk perasaan yang dipimpin Lokman mula berarak ke arah ibu pejabat polis Dang Wangi.

Dihadang polis, penunjuk perasaan berundur kembali ke pintu masuk Sogo dan mereka dikepung anggota polis termasuk pasukan Light Strike Force.

Lokman terus berucap dan pihak polis beberapa kali memintanya berhenti.

Dalam ucapan ringkasnya, Lokman mendakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng melalui kementeriannya telah membuat dua transaksi sebanyak RM5 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Lim Guan Eng telah buat dua pemindahan tunai yang sangat mencurigakan sebelum bermulanya kes Datuk Seri Najib (Razak).

"Pertama, pada 23 Mei 2018, dokumen... telah disediakan oleh kementerian kewangan berjumlah RM2.5 juta dari akaun MOF (Kementerian Kewangan) ke akaun bank SPRM.

"Manakala transaksi kedua pada 27 Julai... untuk tujuan pindahan sebanyak RM2.5 juta ke akaun bank SPRM," katanya.


 Lokman berkata pihaknya membuat laporan hari ini untuk SPRM menyiasat jika transaksi ini dibuat untuk memastikan Najib didakwa atau ia rasuah bagi memastikan kes Lim digugurkan.

Himpunan yang bermula sekitar jam 9 malam tadi bersurai pada jam 10.30 malam.

Lokman pada sidang akhbar kemudiannya berkata Shaharudin tidak profesional dan pihak polis telah mengoyakkan salinan laporan polis yang dibuatnya.

Sementara itu, Shaharudin memberitahu media tiada tangkapan dibuat malam ini tetapi kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dibuka dan diserah ke timbalan pendakwa raya.

"Dia tak bagi notis, bagi saya perhimpunan haram. Kita akan buka kertas siasatan.

"Itu bukan hak dia (Lokman) suruh polis beri tahu buskers turunkan volume pada sistem PA..dia tak boleh arahkan kita.

"Sebelum itu ada pegawai dah berbincang. Saya benarkan... tempoh sejam dari 9 malam tapi dia menghasut. Sebab dia langgar syarat-syarat yang dibincang. Saya tak benarkan dia berarak. Kalau dia nak buat laporan pergilah ke balai," katanya.

Untuk rekod kawasan Sogo memang sinonim dengan protes suatu ketika dulu, iaitu selepas Tun Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan.

Buat seketika Lokman adalah antara individu yang giat terbabit dalam demonstrasi jalanan. Beliau kemudian menyertai Umno dan baru-baru ini menganjurkan kursus khas bagi melatih anggota serta penyokong parti itu mengadakan protes.

Kursus untuk membina pembangkang  itu diadakan di sebuah institusi latihan Umno di Janda Baik, Pahang.

Cnp

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena