Thursday, 8 November 2018

[Video PERAMPOK TANAHAIR, Hidup Bersama & Unggun Bersih - A Samad Said] "Kakiku bengkak, bengkaklah!" & Tun M janji nak belikan pisau cukur tetapi...Pak Samad tidak pernah merunggut, meskipun kini orang terlupakannya.

Jumaat, 9 November 2018
PERAMPOK TANAHAIR
Hidup Bersama
Unggun Bersih
DI MANA PAK SAMAD SAID? 
Image result for Foto A samad Said duduk di LRT semasa Bersih
Proses mengisi kemenangan sedikit sukar daripada proses untuk mencapai kemenangan. Manakala proses untuk mempertahankan kemenangan lebih sukar dan mencabar berbanding dengan dua proses terdahulu itu. Semasa menginjak bumi untuk mencari kemenangan ia memerlukan semua orang terlibat. Saat itu semua orang melupai sempadan masing-masing hatta juga melupai perbezaan fahaman. Kesulitan peribadi juga turut dilupakan dan ia sembuh dipenawari semangat yang berkobar. Apabila untuk mengisi kemenangan, keprihatinan dan sifat-sifat tadi dilupakan. Kita mula memilih bulu dan membuat penilaian dari berbagai sudut, termasuklah penilaian yang diada-adakan; orang itu begini dan orang ini begitu. Kemenangan juga menjadi kita lupa dan alpa untuk dimuatkan dengan sesuatu lebih bererti. Apa yang berlaku kepada Sasterawan Negara A Samad Said (Pak Samad) adalah contoh. Semasa untuk memburu kemenangan beliau sanggup diheret ke mana sahaja. Suara dan puisinya diperlukan untuk memanggil rakyat mengundi membuang kerajaan kleptokrasi.  
Image result for Foto A samad Said duduk di LRT semasa Bersih
Turut kelihatan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyertai #KitaLawan.
Dan dia tanpa mengenal lelah mempedulikan kepada kesakitaan dan kesusahan akan muncul di mana-mana sahaja tanpa mengharap apa-apa. Pak Samad tidak pernah merunggut kerana itu adalah tanggungjawabnya. Tetapi apabila kemenangan sudah dicapai tiba-tiba dia seperti tersendiri dan dilupai. Orang terlupa dan tidak menenang kepadanya. Perayaan dan pesta kemenangan tanpa menjemput dia hadir sama merasai keindahan dan kemeriah kemenangan itu. Dalam proses mengisi kemenangan ini beliau tidak diberi apa-apa peranan selayaknya. Apakah sudah tidak ada apa-apa tempat dan ruang sempit untuk beliau jadikan cenderamata kemenangan? Saya sangat berharap semoga Pak Samad juga layak berada di salah sebuah kerusi dalam Dewan Negara sebagai mewakili marhaen dari golongannya atau di mana-mana kerusi bergelar sebagai Pengerusi. Semoga. - MSO 
Tumpang sekole.

1 comments:

Unknown said...

Selayaknya peranan, penat lelah dan ketokohan beliau diberikan penghargaan bermakna.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena