Saturday 19 January 2019

[Video Apa malukan BOSSKU Juara Maharaja Lawak Mega 2018 Akhir Shiro] Umno dah insaf – setuju atau tidak?

Ahad, 20 Januari 2019
Rancangan Maharaja Lawak Mega 2018 akhirnya melabuhkan tirainya apabila kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol diumumkan sebagai juara untuk musim kali ini sekaligus melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM500,000.
Oh! Media.

Umno dah insaf – setuju atau tidak?

Seorang kawan lama mengumumkan di Facebook bahawa beliau suka tolong golongan “underdog” kerana “yang berkuasa selalunya lupa diri”.
Lantas beliau menegaskan mungkin sudah sampai masanya beliau “bantu Umno bangkit semula” dan Umno pun, kata kawan saya, “ nampaknya dah insaf ”.
Kata-kata itu menarik perhatian saya kerana kawan saya ini seorang ahli seumur hidup sebuah parti dalam Pakatan Harapan.
Mengapa beliau berkata demikian tidak pula saya tahu.
Mungkin beliau sedang marah terhadap kerajaan berikutan larangan merokok di tempat makan kerana beliau boleh dianggap “heavy smoker”. Atau sebab lain.
Untuk berlaku adil, saya mengakui tidak sempat untuk bertanya beliau. Jadi tidak bolehlah saya pastikan sama ada kawan saya itu berjenaka, memperli atau serius.
Seperti biasa setiap pandangan tentulah ada yang sokong ada yang bantah. Begitu jugalah posting kawan saya itu – mengundang pelbagai reaksi.
Satu reaksi menarik berbunyi begini: “Sejak Tok Mat ambil alih, ramai orang Umno dah insaf. Hanya bekas MO1 saja yang dok promote dan mencari cari mileage sendiri”.
“Tok Mat” yang dimaksudkan seperti kita tahu ialah Mohamad Hassan, timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas presiden setelah Zahid Hamidi menyerahkan tugas kepadanya beberapa bulan lalu.
Dan MO1 pula pastilah Najib Razak.
Jelas si pemberi reaksi tidak senang (istilah lembut) dengan tingkah laku Najib yang sejak kebelakangan ini meningkat usaha menggambarkan dirinya sebagai seorang yang “cukup peka dan prihatin” terhadap kesusahan rakyat.
Jelas juga si pemberi reaksi belum lupa atau belum memaafkan “kesalahan” (mungkinkah “dosa”?) lampau Najib.
Yang tidak jelas ialah apa yang beliau dan juga kawan saya tadi maksudkan dengan “insaf”. Apa definisi “insaf “ pada kaca mata mereka?
Walau apa pun definasinya - jika Umno dikatakan sudah “insaf” maka bolehkah disimpulkan juga parti itu sudah pulih?
Saya membawa pandangan itu kepada Ilham Centre, badan pemikir yang banyak melakukan analisis dan kajian terhadap isu politik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Azlan Zainal “menerima” pandangan Umno sudah “insaf” tetapi “ insaf atas erti kata sedar akan kesilapan lalu sehingga mengakibatkan kehilangan kuasa”.
Lalu, kata Azlan, penyokong Umno /BN berharap Umno segera pulih dan “membela Melayu di kala Pakatan Harapan dilihat masih defensif dalam persoalan Melayu – Islam”.
Berdasarkan hujah itu khususnya penyokong masih menaruh harapan Umno segera pulih, maka bolehlah diertikan Umno belum pulih. Itu sebab penyokong “berharap”. Sekadar pengertian saya.
Pun begitu menurut Azlan, persepsi “negatif”rakyat ke atas pemimpin Umno terutama barisan kepimpinan tertinggi sebelum ini sukar dihakis dan rasionalnya Umno tanpa pengalaman sebagai pembangkang “tidak ada upaya untuk comeback atau bangkit dalam masa terdekat”.
Bagi beliau, krisis keyakinan terus menghambat Umno sehingga dilihat gagal dapatkan dukungan akar umbi parti dan “begitu lemah dalam usaha menarik kembali sokongan rakyat”.
Azlan melihat peralihan tugas kepada Tok Mat satu pelan kontigensi untuk mengembalikan kepercayaan dan mengurangkan tekanan serta keresahan di peringkat akar umbi.
Penganalis politik Dr Sivamurugan Pandian juga bersependapat bahawa Umno masih berhadapan dengan krisis keyakinan.
Kata beliau ahli parti ramai yang ambil sikap tunggu dan lihat walaupun ada sebahagian pemimpin yang keluar dan menyertai parti lain.
Sama ada pulih atau tidak, kata Siva, “DNA Umno wujud dalam Bersatu dan PKR”.
Beliau tidak menghurai lanjut. Rasanya ramai yang faham apa yang yang tersurat apa yang tersirat. Setuju atau tidak terpulang.
Bagi saya elok rasanya saya hubungi kawan saya tadi dan tanya apa maksud posting di laman Facebooknya tempoh hari. Ada juga yang tersurat dan tersirat ke?

MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.
Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Kenampakan...pengadilan hancur...puteh yang lawak ..dinafikan..bocey yang hebat di..tidakan....serabut Dan ..manipulating..penonton

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena