Saturday 16 February 2019

[Video BoooM C4! Hadi MELUTUT DEPAN TUN M kerana Skandal Rasuah RM90 juta] Hadi memang kata PAS tak akan sokong Umno di Semenyih - Dr M.

Ahad, 17 Februari 2019
Image may contain: one or more people and text
TS.

Hadi memang kata PAS tak akan sokong Umno di Semenyih - Dr M


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini bertegas Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah memberitahunya parti itu tidak akan menyokong Umno dalam pilihan raya kecil DUN Semenyih.
Mahathir pertama kali membuat dakwaan tersebut ketika sidang akhbar semalam dan pengerusi PH itu sekali lagi mengulang kenyataannya behawa Abdul Hadi bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar telah membuat pengakuan itu ketika pertemuan mereka pada Jumaat lalu.
"Saya terpaksa kata yang benar. Hadi, Takiyuddin dan Samsuri mengaku bahawa mereka tak akan sokong Umno pada (PRK Semenyih) kali ini kerana yang lawan dengan Umno kali ini bukanlah dari DAP.
"Mereka sokong Umno dulu sebab calon lawan datang dari DAP. Kali ini Umno bukan lawan dengan DAP," kata Mahathir pada sidang akhbar di Puchong selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara.
Mahathir juga berkata memiliki perjanjian bertulis yang telah dimeterai tandatangan Takiyuddin.
Kenyataan pengerusi Bersatu semalam dikeluarkan hanya beberapa jam selepas wakil kepimpinan PAS hadir menyokong calon BN Zakaria Hanafi di pusat penamaan bagi PRK Semenyih.
Ia juga bercanggah dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden Umno, Mohamad Hasan semalam.
Beliau berkata Umno dan PAS akan menjalinkan kerjasama erat untuk kempen di Semenyih.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena