Saturday 16 February 2019

[Video Menteri nak di'pelangkung' penyokong BN? Provokasi atau Nak Mengganas? Budak Pas tak terlibat] SEMENYIH-PAS Tidak Akan Sokong UMNO & Bukan RM90 juta tapi RM200 juta, kata SPRM? Apa jawapan Pak Lebai kpd pendedahan Atok.

Ahad, 17 Februari 2019

PRK SEMENYIH PAS Tidak Akan Sokong UMNO


TS

Nantikan jawapan Pak Lebai kpd pendedahan Atok...

Ekoran perjumpaan Abdul Hadi dengan Dr Mahathir semalam, menyebabkan timbul berbagai spekulasi. Saya memberi bayangan ia akan terjawab apakah maksud dan tujuan perjumpaan itu akan diketahui selepas proses penamaan calon di Semenyih hari ini.

Ternyata sudah ada jawaban kepada perjumpaan itu. Abdul Hadi sekali lagi tidak berani bercakap benar dan mendedahkan apakah mauduk di sebalik perjumpaan itu.

Dr Mahathir seperti biasa hari ini, kurang enam jam selepas proses penamaan calon mendedahkan antara tujuan kedatangan Abdul Hadi bersama MB Terengganu dan Setiausaha Agung Takiyuddin, adalah untuk menyatakan Pas menyokong PH di Semenyih.


Dedah Dr Mahathir, persetujuan itu ada nota bertulis dan ditanda tangani oleh Abdul Hadi.

Pendedahan “awal” Dr Mahathir itu menyebabkan timbul rasa panas tropika bulan Februari dikalangan setengah pihak khasnya Umno. Beberapa pemimpin Umno antaranya Ismail Sabri Yakob mempertikaikan penjelasan Dr Mahathir itu, dengan mempersoalkan kenapa Dr Mahathir menjawab bagi pihak Pas. Maksudnya dia nak kata Dr Mahathir bohong?

Sebenarnya kalau pemimpin Umno itu reti politik, Pengerusi PH itu bukan menjawab bagi pihak Pas, tetapi beliau menjelaskan apa yang patut dijelaskan. Apa-apa persetujuan beliau dengan Hadi, adalah haknya. Dr Mahathir bukan pakai kutip di tepi jalan dan menyatakan ia sebagai satu persetujuan.


Sekarang ini pertemuan kelmarin yang diseronoki Hadi, nampaknya tidak sempat sampai ke rumah ia dah terburai tengah jalan apabila DrMahathir mendedahkan antara tujuan perjumpaan itu.

Apapun kita tunggu apakah Hadi akan sekali lagi menggunakan terminalogi hukum dipakai Abduh, yakni berbohong syarie. Hadi akan menafikan apa yang didedahkan Dr Mahathir itu. - MSO

Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena