Monday 4 February 2019

[Video PAS dah tak ada apa pada Amanah] Takkan LEBAI pun nak tipu BOSSKUL & 'Walaun jangan terminum kencing PETAI!' Mat Sabu minta Amanah sedia terima ahli baru lepas Hadi batal saman.

Selasa, 5 Februari 2019

Disangka petai menangis, rupanya minum air kencing serangga

Takkan LEBAI pun nak tipu...
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum
Gong Xi fatt chai .....Pas dapat angpau?
Pakatan Outlet 

Mat Sabu minta Amanah sedia terima ahli baru lepas Hadi batal saman

Tiga hari selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap Sarawak Report, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menyeru ahli partinya di setiap peringkat membuat persediaan untuk mengalu-alukan ahli baru.
Mohamad berkata demikian dalam kenyataan media hari ini yang menjemput ahli PAS yang kecewa dengan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman fitnah berkenaan.
"Amanah sangat terbuka untuk menerima ahli dari mana-mana parti termasuk PAS. Walaupun pernah berselisih faham sebelum ini, tiada dendam daripada ahli-ahli Amanah kepada ahli-ahli PAS yang ingin berhijrah. 
"Mengambil semangat Malaysia Baru, kita semua perlu berganding bahu bersama kerajaan Pakatan Harapan untuk melakukan perubahan demi kebaikan rakyat dan negara dan bukan bersama Umno yang telah terbukti merosakkan negara sejak sekian lama," katanya.
Jelas Mohamad, dia dan beberapa pemimpin Amanah sejak beberapa hari lalu menerima mesej dari rakan-rakan mereka di PAS yang meluahkan kekecewaan terhadap keputusan PAS untuk tidak meneruskan saman fitnah berkenaan.
"Bagi mereka, keputusan bersifat 'pusingan u' itu tidak boleh diterima dalam keadaan seluruh ahli telah diyakinkan dengan panafian demi penafian oleh pemimpin tertinggi parti itu bahawa mereka tidak pernah menerima wang seperti yang didakwa.
"Bagi Amanah, keputusan PAS ini suatu detik penting kepada kepincangan berterusan yang berlaku dalam parti itu sejak 10 tahun lalu. Ia juga sekaligus mengesahkan wujud jalinan 'hubungan gelap' parti itu yang turut melibatkan unsur-unsur penerimaan wang.
"Dengan perkembangan terbaru ini, saya mengalu-alukan ahli dan pimpinan PAS untuk menyertai Amanah. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama kembali berganding bahu di dalam satu wadah untuk membangunkan Malaysia," katanya.
Tambah Mohamad atau Mat Sabu lagi, perubahan yang dihasratkan berpuluh tahun di dalam PAS sebelum ini tertangguh sekian lama akibat tindakan beberapa kerat pimpinan yang melakukan "hubungan gelap" dengan parti lawan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena