Friday 15 February 2019

[Video SPRM buka bilik gerakan 24 jam di Semenyih] Menteri betul2 menangis Wak Ibas gelabah! Elaun Sara Hidup Nelayan dan subsidi kepada petani akan tetap diteruskan & Surat Wak Ibas: Reezal rasai kesedihan Salahuddin.

Sabtu, 16 Februari 2019

Menteri menangis baca surat petani

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan airmata tatkala membaca surat petani, Ibas Hamud dari Sungai Besar, Selangor, pada Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani di Maeps, Serdang, hari ini.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Insyallah, jaminan kami dari kerajaan Pakatan Harapan bahawa Elaun Sara Hidup Nelayan dan subsidi kepada petani akan tetap diteruskan.

Surat Wak Ibas: Reezal rasai kesedihan Salahuddin

Disebalik ramai yang menggangap tangisan Menteri Pertanian Salahuddin Ayub ketika membaca surat daripada seorang petani, Ibas Hamud hanya sekadar lakonan, Anggota Parlimen Kepala Batas Reezal Naina Merican pula melihat sebaliknya.
Menurut Reezal, beliau dapat mendengar serak suara Salahuddin yang dianggap sebagai cetusan hati ikhlas seorang menteri yang mendengar keluhan petani.
“Saya menonton video tangisan YB Menteri Pertanian berulang kali. Saya juga maklum dengan respon ramai netizen yang menganggap ianya sebagai 'lakonan' yang kosong semata-mata.
“Secara jujur, saya dapat rasakan serak suara dan linangan air mata seorang menteri ini bukan dibuat buat walaupun ramai mengandaikan ia tidak lebih seperti sebuah lakonan cereka. Namun saya menganggap ianya cetusan hati ikhlas seorang menteri,” kata Reezal dalam kenyataannya, hari ini.
Semalam, seorang petani warga emas dari Sungai Besar berjaya membuatkan air mata Salahuddin tumpah, melalui sepucuk surat berkaitan keluh kesah golongan itu.
Ibas Hamud atau lebih mesra dengan panggilan Wak Ibas menyerahkan surat itu sebagai gimik pelancaran dalam majlis pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Serdang.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena