Saturday 11 January 2014

Perkenal kembali ISA orang habis modal – TG Nik Aziz

Ahad, 12 Januari 2014
KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah cadangan orang yang kehabisan modal untuk bercakap.

“Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?” tanya beliau menerusi tulisan di facebook.

Beliau menegaskan bahawa ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun.

Justeru, kata beliau, untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada.

Jelasnya, Islam sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan; menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.

“Ini yang disyorkan oleh Islam. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil,” ujarnya.

Masalahnya, kata beliau ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan.

BAGAN DATOH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.

"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini Sabtu.

Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.

Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena