Thursday 14 August 2014

ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail letak jawatan...Lengkaplah 6 Exco pergi meninggalkan Khalid!

Khamis, 14 Ogos 2014

Rodziah letak jawatan, MB ucap ‘Terima Kasih’

 | August 14, 2014
Dengan perletakan jawatan Rodziah, maka lengkaplah senarai nama-nama keenam-enam EXCO yang sudah pergi meninggalkan Khalid.
rodziahSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah menerima surat rasmi perletakan jawatan daripada ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang berkuatkuasa mulai hari ini.
Menurutnya, perletakan jawatan Rodziah ini adalah sah mengikut Artikel 53 (7) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menyatakan mana-mana Ahli Majlis MMKN boleh meletak jawatan pada bila-bila masa.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada Rodziah Ismail di atas sumbangan dan khidmat yang diberikan sepanjang menjadi EXCO Kerajaan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Khalid turut memperjelaskan bahawa beliau telah mengutuskan surat kepada Sultan Selangor dan surat itu telah dibalas oleh baginda dalam waktu dua jam dengan jawapan “Beta tiada halangan jika Tan Sri sebagai Menteri Besar menamatkan khidmat mereka,” katanya.
Antara nama yang telah dipersembahkan kepada baginda adalah Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi, Ean Yong Hian Wah, dan juga V. Ganabatirau.
Dengan perletakan jawatan Rodziah, maka lengkaplah senarai nama-nama keenam-enam EXCO yang sudah pergi meninggalkan Khalid.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena