Thursday 14 August 2014

Panas! Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum...& Episod sedih pendokong bawahan PAS, PKR dan DAP

Khamis, 14 Ogos 2014
Kalih Isu Sebentar!



Orang yang berkorban selalunya terkorban dan dikorbankan..sedih

Episod ini sungguh sedih bagi pendokong Pas, PKR dan DAP yang bekerja keras


KEPUTUSAN BERSAMA BUKAN HANYA SEBELAH PIHAK...

Pihak dia jer nak kita jaga perasaan tapi perasaan pihak lain tidak dia nak jaga... yang diatas berebut kuasa tanpa melihat mereka dibawah...episod ini sungguh sedih bagi pendokong Pas, PKR dan DAP di bawah selama ini yang bekerja keras untuk parti masing-masing dlm PR...

Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum

JELANG RAPAT                                                                               

Malam ini Lujnah Politik Pas akan bermesyuarat bagi membincang perkembangan semasa politik dalam negara. Tumpuan sudah tentu diberikan kepada kemelut dan pergolakan yang berlaku di Selangor. Hasil mesyuarat malam ini penting dan ia dinanti-nantikan banyak pihak. Perkara yang ditunggu ialah berhubung dengan sikap terkini Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid Ibrahim yang kini berstatus sebagai MB bebas.

Saari Sungip
Hasnul Baharuddin
Pemecatan Khalid dari PKR dan beliau bukan lagi merupakan kerabat Pakatan Rakyat boleh jadi menyebabkan Pas ada pandangan baru terhadap Khalid. Pendirian sebelum ini yang diambil oleh Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi.

Pas atau Abdul Hadi tidak ada hujah syarie yang kuat lagi untuk berbuat demikian. Lainlah kalau Khalid telah mengisi borang Pas untuk menyertai parti agama itu, Abdul Hadi boleh berkeras dengan pendiriannya. Parti agama?

Sekiranya benar Khalid berhajat untuk menyertai Pas sudah pasti ia akan dibahas hangit malam ini. Pro kontra akan berlaku. Ahli Lunah Politik yang mahukan Pakatan Rakyat kekal akan menolak penyertaan Khalid itu walaupun dari satu segi ia memberi kelabaan politik kepada Pas. 

Sebaliknya pihak yang sudah berkudis hati dengan PKR dan DAP akan mempertahankan dan mencadangkan agar Khalid diterima menjadi anggota Pas. Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali sebelum ini menafikan mengenai desas desus ini, tetapi firasat saya mengatakan sudah ada risik-risik mengenai hal ini.

Dan sekiranya Pas mahu menenangkan keadaan parti itu, soal Khalid menyertai Pas janganlah dibangkitkan malam ini.

Selain kedudukan Khalid, isu yang akan dibincangkan ialah mengenai Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini sudah mendapat majoriti daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor apabila dua ahli Pas Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin mengatakan sokongan kepada Azizah. 

Dengan kedudukan itu Pas secara praktiknya tidak lagi boleh mempertahankan Khalid atas alasan hendak menyelamatkan kerajaan Selangor. Sekiranya dari kalangan Ahli jawatankuasa Pas arif dan maklum dengan matemetik mereka harus akur yang Khalid sudah tertolak. 

Sehubungan itu juga Pas tentu membincangkan tindakan Saari dan Hasnul itu. Apakah mereka dianggap sebagai tidak mempedulikan seruan Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa agar semua 15 orang Adun Pas Selangor menyokong Khalid. Sekiranya Pas beranggapan seruan Nik Amar itu sebagai rasmi sudah tentu tindakan kedua-dua Adun Pas kawasan Hulu Kelang dan Morib itu menyokong Azizah dianggap sebagai membelakangkan arahan Nik Amar? 

Kenapa begitu, sebab parti tidak membuat arahan rasmi agar semua Adun menyokong Khalid. Apa yang ada ialah arahan kepada empat Exco Pas bersama Khalid.

Berdasarkan kepada hakikat itu, tidak ada sebab untuk Pas mengambil apa-apa tindakan ke atas Saari dan Hasnul malam ini sebab mereka relatif tidak melanggar mana-mana disiplin parti. Lagipun seperti kata Saari, beliau mengambil pendirian itu sebagai menyahut seruan parti agar mempertahankan Pakatan Rakyat sesuai juga dengan pendirian Mursyidul Am Pas.

Tindakan ke atas kedua-dua Adun itu akan menggeruhkan lagi keadaan dan ia mengundang permasalahan baru dalam Pas. Pas tidak sepatutnya menambahkan kerumitan dan masalah dengan apa yang berlaku kini. 

Mesyuarat malam ini juga menjadi tumpuan kerana pemerhati akan menilai sejauh manakah wibawa Pas sebagai parti politik menjaga semangat setiakawan dalam Pakatan. Selain itu ia akan menjawab apakah Pas berpegang kepada syura, keputusan bersama atau pun kena wala' atau pun taat membuta tuli kepada kehendak peribadi mana-mana pemimpin.

Diharap lujnah politik Pas akan bermesyuarat dengan penuh terbuka, tawaduk serta berfikiran lapang dengan penuh ukhwah keagmaan yang sering dilaung-laungkan. Setiap daripada mereka yang hadir hendaklah memberi pandangan yang datang hati yang tulus atas semangat perjuangan sebenarnya dan bukan kerana hasad dan dengki. [wm.kl.5:05 pm 14/08/14]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena