PERBALAHAN PR MEMUAK DAN MELUATKAN RAKYAT...
Penulis enggan mengulas langsung kemelut PR di Selangor, tetapi kali ini terpanggil kerana hasil pertemuan dengan rakan-rakan tiada berparti dan dulunya amat kagumi PR. Beliau dan mereka berkomitemen inilah masanya, inilah peluangnya aternaif parti pemerintah masa akan datang adalah PR.
Namun, politik ia tetap politik. Lebih malang bila kemelut politik kali ini melibatkan parti yang membawa imej Islam iaitu PAS. Ini yang menimbulkan persepsi dan pandangan yang mengecewakan kita. Kita masing-masing sayangkan PAS. Macam kata Hanipa Maidin, tetapi ramai yang salah erti.
Kita ucapakan syabas kepada Pemuda Pakatan, yang nampak bertindak matang. Adakah pertemuan bagi selesaikan permalsqahan dan perbalahan ini.
Perbalahan kali ini sudah sampai memuakkan rakyat....
SPRM Dakwa Tuduhan Saifuddin Nasution Tidak Benar, Berniat Jahat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan tuduhan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa ia akan bersikap "selektif" terhadap sebarang siasatan ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tidak benar dan berniat jahat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata badan itu sama sekali tidak pernah mengamalkan siasatan yang memihak kepada mana-mana pihak.
"Sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional, SPRM menganggap dakwaan Saifuddin bahawa SPRM melakukan siasatan selektif dan bahawa 'pasti SPRM' akan mengumumkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak ada kes kelak, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap SPRM.
"SPRM ingin mengingatkan supaya pihak berkenaan jangan cuba mengaitkan SPRM dalam isu pergolakan politik PKR tanpa asas yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Shukri mengulas kenyataan Saifuddin seperti dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris The Malay Mail Online, yang mendakwa Khalid berani membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Selangor kerana badan itu tidak akan mengambil sebarang tindakan susulan.
Dalam artikel itu, Saifuddin turut mendakwa Khalid berani membuat laporan berkenaan kerana beliau sudah menjadi anggota politik "mesra-Barisan Nasional".
"For sure SPRM will clear him. You know the words ‘selective investigation?' They will apply that to Khalid," kata Saifuddin seperti dipetik dalam laporan berita itu.
Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata tugas dan tanggungjawab SPRM hanyalah menyiasat setiap kes yang ada unsur rasuah mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.
"Akta SPRM 2009 dengan jelas memperuntukkan tugas SPRM hanyalah menjalankan siasatan manakala sama ada terdapat merit untuk mendakwa atau sebaliknya, ia merupakan tugas Pendakwa Raya berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh.
"Kenyataan Saifuddin bahawa SPRM mengamalkan siasatan selektif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali," katanya.
Beliau turut menegaskan mana-mana aduan atau maklumat yang mempunyai asas akan disiasat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama, pangkat, jawatan dan sebagainya. – Bernama, 7 Ogos 2014.
0 comments:
Post a Comment