Khalid masih MB walau dipecat parti, kata peguam
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR hanya bermakna beliau tidak lagi ada pertimbangan moral untuk kekal sebagai menteri besar bagi gabungan Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini satu-satunya menteri besar Selangor yang merupakan ahli bebas selepas dipecat daripada partinya, kata peguam hari ini, menambah beliau boleh kekal sebagai ketua kerajaan negeri kerana pelantikannya sah menurut Perlembagaan.
Peguam Ragunath Kesavan (gambar) berkata, pemecatan Khalid daripada PKR hanya bermakna beliau tidak lagi ada pertimbangan moral untuk kekal sebagai menteri besar bagi gabungan Pakatan Rakyat (PR).
"Cara yang terhormat untuknya ialah dengan meletakkan jawatan kerana pemecatan itu bermakna partinya sendiri hilang keyakinan terhadap beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ragunath berkata, pilihan yang Khalid ada amat terhad kerana beliau tidak boleh membawa kesnya ke mahkamah memandangkan Akta Pertubuhan tidak membenarkan pertelingkahan dalam parti dibawa ke luar parti.
PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 Adun sementara PKR kini 13 selepas Khalid dipecat. Sementara BN mempunyai 12 kerusi.
"Khalid hanya boleh disingkirkan sekiranya beliau hilang keyakinan majoriti Adun," kata Syahredzan.
Beliau boleh terus berkhidmat sebagai menteri besar sekiranya berjaya melepaskan diri daripada undi tidak percaya.
"Malah, beliau boleh melantik semula ahli majlis (Exco) daripada kalangan mereka yang menyokongnya semasa pengundian itu," katanya.
Menurut pakar perlembagaan, undi tidak percaya terhadap Khalid boleh diambil dalam Dewan atau Sultan boleh mengambil kira faktor luaran bagi menentukan sama ada menteri besar itu masih mendapat sokongan Adun atau tidak.
Atas nasihat menteri besar yang hendak disingkirkan itu, Sultan boleh membubarkan Dewan atau baginda juga boleh menjemput seorang calon yang difikirkan mendapat sokongan majoriti wakil rakyat untuk dilantik sebagai menteri besar.
Peguam Amer Hamzah Arshad juga berkata tiada apa-apa yang berubah berikutan pemecatan Khalid kerana menteri besar itu masih seorang wakil rakyat memandangkan beliau Adun Pelabuhan Klang.
"Beliau juga kekal menteri besar dan ahli exconya juga masih kekal kerana masih belum menghantar surat peletakan jawatan kepada Sultan," katanya.
Amer bagaimana pun berkata, pemecatan itu sememangnya bertujuan untuk menekan Khalid supaya meletak jawatan.
"Perjuangan Khalid untuk kekal sebagai menteri besar hanya akan terhenti sekiranya ketiga-tiga parti dalam Pakatan membuat keputusan menyingkirkannya.
"Jika tidak, ketua kerajaan negeri mesti diputuskan melalui undi tidak percaya atau pilihan raya negeri yang baru," katanya
Khalid menghadapi tekanan daripada kepimpinan PKR untuk meletakkan jawatan kerana caranya menguruskan beberapa isu di negeri itu termasuk berkaitan catuan air, Lebuhraya Kidex dan rampasan Bible versi Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Pada Selasa, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya kerana enggan patuh keputusan parti untuk menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Khalid juga tidak hadir apabila dipanggil Lembaga Disiplin parti dan akibatnya, beliau dipecat parti petang tadi. – 9 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-masih-mb-walau-dipecat-parti-kata-peguam#sthash.aWwYGxqc.dpu
Khalid masih kekal sebagai MB
Berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi Menteri Besar Selangor yang sah. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun Abdul Khalid tidak lagi mempunyai sokongan majoriti berdasarkan faktor keputusan DAP dan PKR tidak lagi menyokong beliau.
"Kena faham, dari segi undang-undang tubuh negeri, adalah memang jelas beliau tidak ada majoriti lagi di Dun... kenapa? "Sebab beliau sudah dipecat dari parti, dan PKR beserta DAP sudah menarik sokongan terhadap beliau. “Abdul Khalid tidak lagi mempunyai majoriti sokongan Adun Selangor dan sebab itu tidak memenuhi syarat untuk terus memegang jawatan menteri besar, " katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Terdahulu, dalam sidang media sama, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta. Menurutnya, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Selain itu, kata Tee Kwong lagi, Abdul Khalid juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR. Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin menambah. PKR akan membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid dalam Dewan Undangan Negeri bertujuan menyingkirkannya daripada jawatan berkenaan secara sah. - Bernama
Dicatat oleh BAHA AZUWAN
0 comments:
Post a Comment