Thursday, 7 August 2014

Khalid mohon menghadap Sultan bagi pembubaran DUN Selangor...

Khamis, 7 Ogos 2014

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mohon menghadap Sultan bagi pembubaran DUN Selangor


Bersandarkan kepada gelodak politik Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang semakin berkeladak akibat cetusan idea oleh Parti Keadilan Rakyat melalui politik haloba Ketua Umumnya, saudara Anwar Ibrahim yang terlalu ghairah inginkan isterinya menjadi Menteri Besar (pada awalnya dia sendiri hendak jawatan MB), maka pengarah strategi PKR, saudara Rafizi Ramli yang ketika itu berduet dengan setiausaha PKR yang tewas dalam pilihan raya umum ke13 dulu, Saifuddin Nasution Ismail telah diarahkan merangka agenda songsang Kajang Move aka Langkah Kajang.

Dalam kecelaruan PKR sekarang ini, sukar untuk dinafikan kebarangkalian Menteri Besar Selangor,YAB Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon menghadap Sultan Selangor untuk mohon perkenan bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor dalam masa terdekat ini.

Andai menjadi kenyataan Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri Selangor diadakan, persoalannya:

Apakah wajar rakyat Selangor memberi undi mereka kepada Parti keadilan Rakyat yang ternyata telah menjahanamkan keyakinan, kepercayaan dan pengharapan rakyat Selangor terhadap mereka?
 
Terbukti sudah sejak awal pemilihan parti Keadilan 2014, hampir kesemua pemimpin parti PKR tidak menjalankan tugas mereka untuk mensejahterakan rakyat, sebaliknya mereka sesama sendiri bercakaran untuk mendapat kuasa dalam parti serpihan Umno itu!

Mulai sekarang rakyat harus kenal pasti, lambang mana yang harus diberikan undi andainya benar Pilihan Raya Negeri Selangor diumumkan kelak.

Posted by Kerajaan Rakyat 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena