Tuesday, 5 August 2014

Orang Kuat Tun Daim (Umno) disebalik kemelut MB Selangor?

Rabu, 6 ogos 2014

 Pededahan penyelesaian hutang RM66.67 juta 
PKR hari ini mendedahkan penyelesaian hutang RM66.67 juta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Bank Islam didalangi tokoh korporat rapat dengan Umno, Tan Sri Rashid Manaf.

Pendedahan dalam laporan yang dihantar kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu membongkarkan hubungan Khalid dengan Rashid dalam penyelesaian hutang bernilai RM66.67 juta tersebut.

"Setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengesahkan Menteri Besar ada beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf untuk merundingkan penyelesaian hutangnya," kata laporan PKR itu.

Laporan setebal 24 muka surat itu dihantar kepada pemimpin utama PAS dan DAP, antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Keraguan yang timbul semakin kuat terhadap Khalid apabila kes penyelesaian hutang Bank Islam itu tidak diteruskan di mahkamah walaupun tarikh sudah ditetapkan pada 12 Februari 2014.

Dalam laporan itu juga, PKR mendakwa Rashid sebagai seorang yang rapat dengan Umno dan menguasai Ecoworld Berhad yang Khalid terlibat dalam urus niaga jualan tanah.

"Tan Sri Rashid Manaf adalah seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno. Beliau adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin dan dikenali sebagai 'orang Daim'.

"Dalam bulan Mac 2014 iaitu sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad iaitu syarikat pemaju yang berhubungkait dengan Tan Sri Rashid Manaf memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit," kata laporan itu.

Untuk rekod, Rashid adalah pengerusi Lembaga Pengarah dan pemegang saham utama Ecoworld Berhad.

Khalid juga didakwa memberikan penjelasan tidak munasabah dalam pertemuan dengan kepimpinan PR pada 6 Mac 2014.

Penjelasan Khalid juga meragukan dalam pertemuan tersebut apabila mengatakan bakal menang RM300 juta selepas mengambil tindakan undang-undang ke atas Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Khalid dipetik dalam laporan itu sebagai berkata tindakan penyelesaian luar mahkamah dengan Bank Islam diperoleh selepas janjinya untuk mengambil tindakan ke atas PNB.

"Penjelasan beliau itu tidak masuk akal dan tidak dapat diterima oleh pimpinan Keadilan yang menguatkan lagi keraguan terhadap integriti beliau apabila beliau tidak dapat menerangkan dengan telus dan baik kenapa beliau diberi layanan paling istimewa oleh Bank Islam yang sudah beberapa kali menang kes terhadap beliau di mahkamah," kata laporan itu.

Malah, PKR mendakwa Khalid sehingga hari ini tidak mengambil sebarang tindakan ke atas PNB seperti yang dijanjikannya.

"Malah, sehingga kini setelah lima bulan berlalu dari tarikh mesyuarat itu, Khalid Ibrahim tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap PNB seperti yang didakwanya dalam mesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat itu," kata laporan itu.

Isu menteri besar Selangor panas sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan tidak selesai sehingga kini.

Daripada isu kalimah Allah, isu Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kontroversi Lebuhraya Kinrara-Damansara dan pertembungan politik dalaman PKR mengganggu pentadbiran negeri terkaya itu.

Khalid kehilangan sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik sebagai menteri besar untuk penggal kedua. – TMI 5 Ogos, 2014.

pen buruk online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena