Artikel jahat hina ahli wanita, DAP lapor SKMM
SHAH ALAM, 3 OKT: DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap dua artikel berniat jahat yang menghina tiga ahli wanita Melayu parti itu, iaitu Dyana Sofya Mohd Daud, Syefura Othman dan Jamila Rahim.
Artikel pertama bertajuk ‘Melati, lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP’ ditulis oleh seseorang yang menggelarkan dirinya KuntaKunte Malaysia dan disiarkan laman milik Umno mykmu.net.
Seperti tajuknya, artikel itu menuduh Jamila yang menyertai DAP Selasa lalu ‘menjual diri dan agamanya’ demi kemewahan.
Artikel kedua pula bertajuk ‘DAP dan politik onani’ oleh pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) Edwin Michael yang disiarkan laman Free Malaysia Today semalam.
Dengan menggunakan bahasa lucah, artikel itu menuduh DAP ‘ketagih politik onani’ dengan ‘menjual’ Dyana, Syefura dan Jamila untuk menarik sokongan dan akan meminggirkan mereka selepas ‘mencapai ejakulasi’.
Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo yang mewakili mereka berkata, kedua-dua artikel tersebut adalah salah di bawah Seksyen 2 (33) Akta SKMM 1998.
“Kami membuat laporan ini kerana artikel tersebut memberi kesan besar kepada Dyana, Syefura dan Jamila.
“Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dan.menerima kritikan, tetapi bukan dengan cara ini,” kata Gobind dalam sidang media selepas membuat laporan tengahari tadi.
Beliau juga berharap agar tindakan segera dapat diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Laporan sudah dibuat, kenyataan (ketiga-tiga) sudah diambil. Kita harap akan terima maklumbalas pada minggu hadapan,” katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan, DAP akan menimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu. -Roketkini
Friday, 3 October 2014
[Video] Pelacur, politik onani: Ahli wanita Melayu DAP mahu ambil tindakan...
Jumaat, 3 Oktober 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Khamis, 23 Mei 2019 KiniTV Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata tuntutan mahkamah akan dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap ...
-
Khamis, 17 September 2015 MOHAMAD AZIZIE 1 day ago Alangkah sedihnya bila ada kuasa..kebaikan itu ditentang..kemungkaran it...
-
Jumaat, 30 Mei 2014 Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek Berita Harian Online 19 hrs...
-
Selasa, 5 Februari 2019 How Hadi Contradicted Himself And PAS Officials During Court Case 4 February 2019 Pakatan Harapan Suppo...
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Sabtu, 28 April 2018 Calon HARAPAN Pekan tak takut bomoh dari India Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi parlimen Pekan Zahid...
-
Selasa, 11 Jun 2019 Jom Channel Bekas Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pusat KEADILAN dan jugaKetuaBiro Perundangan parti itu Latheefa Koya,...
-
Selasa, 7 Januari 2014 GILER!!! Pensyarah IPTA Tikam Dan Kelar Isteri Sebelum Bunuh Diri!! KLANG - Konflik rumah tangga seorang pensyar...
-
Ahad, 9 Jun 2019 Jom Channel Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pert...


0 comments:
Post a Comment