Friday 1 May 2015

GST - Kuching pulak 'ejek' Najib

Sabtu, 2 Mei 2015

Najib diejek ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching


Ejekan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis sambutan Hari Pekerja peringkat Kebangsaan diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan GST oleh kerajaan sejak 1 April.

Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.

Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April.

Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.

Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan.

Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.

Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%.

Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat.

Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.

"Kami benar-benar mahu meningkatkan kebajikan pekerja, termasuk yang di sektor awam," katanya.

Oleh itu, katanya, Cuepacs tidak perlu bimbang kerana beliau "responsif kepada tuntutan Cuepacs", merujuk kepada permintaan kenaikan gaji sebanyak 35% bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah, bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Perdana menteri pada sambutan itu juga memberitahu mengenai cadangan untuk satu skim faedah pengangguran negara bagi menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang hilang pekerjaan.

Walaupun enggan mengulas lanjut lagi, Najib berkata beliau boleh menyatakan di bawah skim itu, pekerja yang diberhentikan boleh mendapat perlindungan kewangan sehingga enam bulan. – tmi
BLM>

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena