Tuesday 10 November 2015

Bajet 2016, Pas mengambil pendekatan mendiamkan diri langsung tidak berbunyi? Pas tidak akan memusuhi UMNO...

Selasa, 10 November 2015

PAS - BUKAN ORANGNYA TAPI SISTEM

 "Pas hanya tolak sistem dalam UMNO sahaja, bukan memusuhi orang UMNO,".

 Itu pendirian Pas yang disuarakan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( gambar ) apabia ramai yang melihat Pas akan bekerjsama dengan UMNO.

 Ketika pembangkang riuh rendah tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Bajet 2016, Pas mengambil pendekatan mendiamkan diri langsung tidak berbunyi. 

"Kita tidak kisah pun kalau pembangkang lain nak bising. Pas ada pendekatan sendiri yang pastinya berbeza dengan parti politik lain. 

"Saya melihat pendekatan yang dibawa oleh pemimpin PAS ini adalah lanjutan kepada misi kenabian yang dibawa oleh kebanyakan para rasul.

 "Pas tidak akan memusuhi UMNO kerana keutamaan dakwah Pas adalah mengubah dasar, bukan keutamaan menjadi pemerintah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sosial Faceook miliknya.

 Tanpa mempedulikan kekeliruan orang lain, Tuan Ibrahim berkata, mendekati UMNO dengan mengislahkannya adalah langkah yang begitu dekat dengan dasar PAS ganti UMNO.

 "Jika UMNO dijadikan musuh yang tidak boleh dibuat baik, maka ia akan menjauhkan terus orang UMNO dari Pas.

 "Kita tidak mahu begitu kerana apa yang kita tolak adalah sistem UMNO, bukan memusuhi orang UMNO,” ujarnya.

 Kata Tuan Ibrahim, hanya pemimpin yang berjiwa besar, berani dan ada misi saja yang sedia membuat pendekatan yang praktikal sekalipun ramai yang keliru.

 "Jika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi bertemu Najib di mana saja, anggaplah pemergian itu seperti Nabi Ibrahim berjumpa Namrud atau Nabi Musa berjumpa Firaun.

 "Nabi bertemu mereka bukan sebab hendak jadi pembesar menggantikan Firaun dan Namrud, tetap demi menyelamatkan daripada tersesat selamanya," jelasnya.

 Tambahnya, jika orang UMNO tidak datang kepada Pas, maka pemimpin PAS kenalah pergi kepada UMNO. "Pergi kepada UMNO bukan bermaksud menyertai atau masuk UMNO tetapi ikut apa yang dibuat oleh para nabi," katanya.

- MalaysiaGazette
 gajahmenta

Tidak sokong usul tolsk Bajet 2016 bukti kerjasama PAS-BN' - Guan Eng

'Tidak sokong usul tolak Bajet 2016 bukti kerjasama PAS-BN' - Guan Eng
LIM: Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Keputusan PAS untuk tidak menyokong usul penolakan Bajet 2016, menzahirkan pendirian bahawa parti Islam itu mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), lapor The Malaysian Insider hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, beliau kesal dengan tindakan PAS menolak usul terbabit yang sekaligus dilihat pembangkang sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, turut mengatakan parti Islam itu telah jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini telah menyatakan kesesiaan untuk bersama parti pembangkang.

"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PAS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.

"Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN," katanya seperti yang dipetik portal berita itu.

Astro Awani 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena