Tuesday 10 November 2015

"Orang berlembut, dia angkuh!" Tolak Kerjasama Pas-Amanah...Biarlah kesombongan dan kedegilannya terus berjalan...

Selasa, 10 November 2015

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Wahai TITM!

Tiada hubungan, Tuan Ibrahim sekali lagi tolak kerjasama PAS-Amanah 

PAS sekali lagi menolak cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi, Sinar Harian Online melaporkan hari ini. 

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan bekas pemimpin parti Islam itu, Khalid Samad ditolak kerana PAS sudah tiada hubungan dengan DAP mahupun Amanah. 

"Kita (PAS) tiada hubungan dengan DAP. Parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama Pakatan Harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya, kita tidak menerima parti Amanah. Jadi, saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar. 

"Realiti sebenarnya, DAP tidak akan bersama PAS dan PAS tidak akan bersama DAP. Jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," beliau dipetik berkata portal itu. 

Tuan Ibrahim mengulas cadangan Khalid, yang selaku pengarah komunikasi Amanah membuat saranan itu bagi menangani kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri Selangor. 

Beliau dalam entri blognya berkata, persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan PAS. 

"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau PAS Selangor. 

"Melalui perjanjian kerjasama ini, kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi. 

"Melalui tindakan ini hubungan antara PAS adalah dengan Pakatan Harapan, dan bukan hanya dengan PKR,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata, tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri itu berbeza. -TMI 


ulasan:


Dr.Paridul Adras Ismail berkata...
Personaliti seseorang itu akan terserlah ketika seseorag itu marah. Marah hanya boleh ditahan kemaraannya melalui kesabaran, ilmu dan keimanan. Parti Amanah Negara (Amanah) dengan depaan tangan terbuka mengalu-alukan mana-mana parti yang ingin berunding dengannya. Amanah yang didokongi oleh profesional masih mahu berbincang dengan Pas yang didominasi oleh golongan ulama.Pas yang mengaku parti Islam dengan angkuh tidak mahu bekerjasama dengan Amanah, dengan alasan parti itu adalah parti serpihannya.

Pas terlupa bahawa partinya juga adalah serpihan parti Umno. Bukan sekadar berunding, Pas membuka pintu kerjasama dengan Umno. Pas buka tidak tahu tahu bahawa Umno bukan parti Islam, sebaliknya parti sekular. Lagi sadis, Hadi Awang telah menawarkan diri untuk menjadi penasihat kerajaan BN. Rakyat tertanya-tanya, adakah nas atau dalil yang mengharuskan presiden parti menjadi penasihat kepada parti musuh? Menjadi penasihat kepada musuh bererti akan melemahkan parti sendiri. Semakin hari semakin tidak keruan pemikiran pimpinan Pas. Benarlah kata peribahasa Inggeris, kejahilan seseorang itu akan terserlah apabila dia membuka mulut. Semakin ramai pimpinan Pas membuat kenyataan, maka semakin dilihat Pas memiliki ramai pemimpin yang celupar dan kurang matang. Kepada ahli-ahli Pas yang masih mampu berfikir, kalian ini bagaimana? Apakah kalian terus tega diperbodohkan oleh pemimpin yang kalian dewa-dewakan sebagai maksum? Kalian mesti ambil peduli bahawa Amanah dan Pas mempunyai matlamat keislaman yang sama, cuma wadah dan pendekatan yang berbeza.
Timnajib Jomfikir berkata...
Untuk long term..PAS lah yang akan rugi.buat masa ini, tanggungjawab AMANAH sesama Islam, yang tidak mahu melihat PAS dipermainkan UMNO sudah selesai.

Biarlah kesombongan dan kedegilan PAS terus berjalan...



PAS Rela Kerjasama Dengan Umno Berbanding Pakatan Harapan?

PAS tolak syor kerjasama dengan Pakatan Harapan

BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena